PENGENALAN M.E.K.A.R
Menjana Kerohanian Akhlak Remaja atau lebih dikenali sebagai MEKAR sebagai singkatannya merupakan sebuah organisasi di bawah Biro Pendidikan, Kerohanian dan Kaunseling dimana Biro tersebut di bawah Jawatankuasa Pelajar Kamsis (JPK) yang diketuai oleh ___________________
MEKAR mula ditubuhkan oleh Pn. Halimah Binti Ismail, Penyelaras Kamsis Damai pada tahun 2007. Walaupun usia penubuhan MEKAR masih muda, pergerakan MEKAR semakin berkembang seiring dengan pelbagai program yang dijalankan oleh MEKAR untuk pelajar kamsis seperti mengadakan aktiviti luaran dan dalaman.
Fungsi MEKAR pada kamsis adalah menjaga kerohanian pelajar kamsis di sampingmewujudkan aktiviti-aktiviti berbentuk kerohanian untuk pelajar kamsis seperti Tadarus Al-Quran dan Solat Berjemaah. Selain itu, MEKAR juga membantu Ahli JPK menjaga tatatertib pelajar kamsis mematuhi undang-undang dalam kamsis.
Saturday, December 4, 2010
Salam Maal Hijrah
MEKAR Yang Tidak Akan Kuncup !
Sunday, May 30, 2010
Sesi Januari 2010 berakhir
Semoga kita semua berjaya di dunia dan di akhirat kelak.InsyaAllah.Ayuh kita sama-sama teruskan perjalanan kita.Teruskan dakwah kita menaikkan islam di Mata DUNIA!
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Ingat di dalam surah Al ankabut ayat ke 6 Allah ada berfirman "Dan barang siapa berjihad,maka sesungguhnya jihad itu untuk dirinya sendiri,sungguh Allah Maha Kaya tidak memerlukan sesuatu dari seluruh alam.Subhanallah.
Thursday, May 13, 2010
FINAL EXAM !!
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Engkau peringatkanlah buat kami apa yang kami lupa,
Do the best in exam.Ingat,Man Jadda Wajadda!!
Tuesday, May 11, 2010
SEKALI LAGI KE RAUDHATUS SAKINAH!
Setelah azan asar berkumandang,kami menunaikan solat asar secara berjemaah.Seusainya solat,aktiviti diteruskan lagi,sekali lagi Kak Ika mengambil alih tugasnya.Seperti yang sedia maklum,jika Kak Ika yang bawa mestilah aktivitinya adalah ceria!Ya sekali lagi rumah RS yang cantik tersergam indah itu kami gegarkan dengan suara-suara semangat kami berukhuwah."UNTUKMU TEMAN" dan "TEMAN SEJATI" lagu yang tidak akan kami lupa sampai bila-bila kerana ia mencoret 1001 kenangan antara kita semua.Tangan yang digenggam kita rapat dan eratkan ukhuwah kita lagi dengan meletakkan tangan kita ke bahu kawan yang berada disebelah kita.Ada yang mengalirkan airmata sambil menyanyi walaupun dalam keadaan sebak dan sedih tetapi semangat ukhuwah itu ada.Hati ini turut tersentuh melihat ada sahabat yang menghapuskan airamata sahabat disebelahnya dengan tudungnya sendiri.Komitmen yang diberikan amat baik,tahniah dan syabas diucapkan kepada semua.
Semua gambar atau cerita yang dibuat adalah gurauan semata-mata,maaf jika ada salah silap sepanjang anda membaca entry kali ini,Apalah sangat hidup kita tanpa gurauan.Gurau-gurauan itu mengeratkan,memaniskan lagi ukhuwah sesama kita.Sesungguhnya segala yang baik datang dari Allah dan segala yang buruk datang dari diri saya yang menaip entry ini.
Monday, April 26, 2010
Hari Rabu (^_^)
Anda Beragama Islam?Ayuh Dapatkan segera BAJU RASMI UMAT ISLAM!
Friday, April 23, 2010
Kilauan Remaja Unggul Dan Explorace MEKAR
Masa : 3.00 PM (Sabtu) - 3.00 PM (Ahad)