Assalamualaikum wbt kepada saudara semuslim yang dikasihi Allah swt.
Alhamdulillah dengan nikmat kelapangan waktu yang diberikan,dapat ajk-ajk mekar berkumpul untuk melancarkan explorace mekar sesi julai 2009.
Uniknya explorace mekar ini,kerana ia bukan sahaja melibatkan aktiviti lasak diluar malah peserta-peserta diberi pemantapan rohani yang berlangsung di dewan kuliah utama pada malam sebelum explorace bermula yang dikendalikan oleh jemputan khas kami dari Uia Gombak yang lebih dikenali sebagai Brother Yusuf.
Brother Yusuf
Pada malam itu,peserta-peserta muslimat dikehendaki untuk tidur di surau manakala muslimin di pusat islam.Tujuannya adalah tidak lain tidak bukan bagi mengeratkan tali silaturrahim sesama peserta explorace.
Peserta-peserta dikejutkan kira-kira jam 5.00 pagi untuk berqiamullai sendirian seterusnya solat subuh secara berjemaah.Setelah itu,peserta diberi sedikit tazkirah bagi memantapkan lagi akidah masing-masing.
Acara explorace bermula pada pukul 8.30 pagi setelah peserta-peserta mendengar sedikit taklimat dari pengerusi mekar di pusat sukan.Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang explorace dapat kami paparkan disini.
Explorace bermula pada pagi sabtu..
Jom selesaikan silang kata.Uji minda anda.
Subhanallah indahnya ukhuwwah ini jika keranaMu Ya Allah.
Majlis penutup dan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang explorace.
Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang kepada kami merasai indahnya nikmat berukhuwah itu sesama umat Islam.Terima kasih jua kepada semua yang terlibat dalam menjayakan explorace mekar sesi julai 2009 ini,tidak kira sama ada dari segi wang ringgit,tenaga atau doa,asalkan ia ikhlas kerana Allah swt.Alhamdulillah beserta ucapan terima kasih tidak terhingga kepadaMu Ya Allah kerana pastinya jika tidak kerana pertolonganMu kami tidak mampu menjayakan explorace ini.Sesungguhnya kami hanya mampu merancang dan hanya Engkau yang menentukan.
0 comments:
Post a Comment