PENGENALAN M.E.K.A.R

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh buat semua saudara/saudari yang dikasihi Allah swt sekalian.

Menjana Kerohanian Akhlak Remaja atau lebih dikenali sebagai MEKAR sebagai singkatannya merupakan sebuah organisasi di bawah Biro Pendidikan, Kerohanian dan Kaunseling dimana Biro tersebut di bawah Jawatankuasa Pelajar Kamsis (JPK) yang diketuai oleh ___________________

MEKAR mula ditubuhkan oleh Pn. Halimah Binti Ismail, Penyelaras Kamsis Damai pada tahun 2007. Walaupun usia penubuhan MEKAR masih muda, pergerakan MEKAR semakin berkembang seiring dengan pelbagai program yang dijalankan oleh MEKAR untuk pelajar kamsis seperti mengadakan aktiviti luaran dan dalaman.

Fungsi MEKAR pada kamsis adalah menjaga kerohanian pelajar kamsis di sampingmewujudkan aktiviti-aktiviti berbentuk kerohanian untuk pelajar kamsis seperti Tadarus Al-Quran dan Solat Berjemaah. Selain itu, MEKAR juga membantu Ahli JPK menjaga tatatertib pelajar kamsis mematuhi undang-undang dalam kamsis.






Sunday, June 26, 2011

TANGAN YANG MEMBERI

0 comments
TANGAN YANG MEMBERI

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima
Menolong orang jangan harap balasannya
Biar dengan ikhlas janganlah separuh hati
Tiap yang berbakti tuhan maha mengetahui
 
Tangan yang memberi
lebih baik dari yang menerima
Kesucian diri itulah sifat paling dipuji
Senyuman di bibir keindahan budi bahasa
Keluhuran hati kita akan berbahagia

Sikit sama merasa
Fakir
jangan dilupa
Hidup kita hanya sementara
Manusia bersaudara
Kasih sesama kita
Jauhi dari bersengketa

 Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima
Menolong orang jangan harap balasannya
Biar dengan ikhlas janganlah separuh hati
Tiap yang berbakti tuhan maha mengetahui

Sikit sama merasa
Fakir
jangan dilupa
Hidup kita hanya sementara
Manusia bersaudara
Kasih sesama kita
Jauhi dari bersengketa
 

Tangan yang memberi
lebih baik dari yang menerima
Kesucian diri itulah sifat paling dipuji
Senyuman di bibir keindahan budi bahasa
Keluhuran hati kita akan berbahagia
 

KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH

0 comments
Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. 

Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah." 
 
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." 
 
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya. 
 
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." 
 
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali. 

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Friday, June 24, 2011

KONVOKESYEN KE-13 PSA

0 comments

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Sekalung tahniah diucapkan kepada para graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian di bidang masing-masing. Sesungguhnya segala penat lelah, pengorbanan dan usaha yang gigih akhirnya terbayar. Syukur alhamdulillah! Mungkin itu ucapan setiap graduan yang beragama Islam. I did it! Mungkin diluahkan oleh yang bukan Islam.

Walau apa pun, empat hari bermula daripada 14 hingga 17 Jun 2011 merupakan hari yang tidak akan dapat dilupakan oleh setiap graduan.Tahniah diucapkan kepada semua graduan terutama sekali kepada senior-senior JPP,JPK,Pusat Islam,dan Mekar yang telah banyak membantu dalam pengurusan program dan sebagainya.

 senior-senior JPP,JPK,Pusat Islam dan Mekar






TAHNIAH!!!!!

Wednesday, June 22, 2011

Strategi syaitan profesional

0 comments
SYAITAN ialah musuh sejati, bukannya teman sejati. Ia tidak boleh dibuat kawan, sebaliknya kena dibuat lawan kerana syaitan tidak pernah berhenti mengalah untuk menggoda manusia ikut jejak langkahnya ke neraka.

Jika hendak bermusuh dengan syaitan, kita mesti mengetahui teknik serta sepak terajang syaitan dan konconya yang begitu taktikal, sebab tugas mereka sangat profesional menggoda dan menyesatkan manusia.

Pertemuan kali ini kita ingin melihat strategi syaitan dengan pelbagai cara supaya dengan mengetahuinya kita boleh menghindari diri dan terhindar daripada godaan mereka.

Antara STRATEGI syaitan ialah:

1. Suka orang berada dalam keraguan. Ketika anda menghadapi masalah dan ragu-ragu untuk membuat keputusan, pada saat kebimbangan itulah syaitan mengganggu dan menggoda, mengarah anda untuk memilih itu dan membuat ini.

Sudah tentu pilihan syaitan itu ke arah keburukan, jauh dari kebaikan. Malah, jika pilihan baik sekalipun, mereka akan mengalih orientasi dan matlamat supaya berakhir dengan keburukan.

Antaranya, melakukan sesuatu bukan kerana Allah, sebaliknya untuk mengejar glamor dan pangkat. Oleh kerana bimbang gangguan syaitan ini, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tinggalkan yang meragukan, ambillah yang meyakinkan."

Ini dikatakan 'believe system' (sistem keyakinan diri). Apabila ada keyakinan, hilang keraguan dan apabila hilang keraguan tertutup peluang syaitan untuk menggoda manusia.

Sebab itu prinsip Islam bermula dengan keyakinan, yang bernama IMAN iaitu beriman kepada perkara ghaib, dosa pahala, hari akhirat dan sebagainya. Tetapi apabila rosak iman, rosaklah segala-galanya.

2. Syaitan suka orang kuat ibadat tetapi tidak ada ilmu. Beribadat dan beramal mesti berasaskan ilmu sebagai imam, manakala amal sebagai makmum untuk menewaskan syaitan.

Keinginan untuk belajar tidak boleh berhenti. Sesiapa yang berasa cukup dengan ilmu yang sudah ada atau sudah rasa pandai sebenarnya dia sedang memberikan peluang dan ruang kepada syaitan menguasai dirinya.

Islam bermusuh dengan kebodohan. Sebab itu ayat pertama diturunkan pada Nabi s.a.w dalam surah al-'Alaq ialah menyuruh nabi membaca. "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)."

Suruhan itu bukan sekadar membaca buku dan kitab tetapi membaca fakta, data dan tanda kebesaran Allah di dalam al-Quran.

Dengan membaca bererti semakin banyak kita membuka jendela ilmu serta semakin sempitlah peluang syaitan untuk melakukan tipu daya dan mengelecek manusia.

3. Syaitan menyesatkan orang yang tidak ikhlas, sebab itulah ibadat mesti dengan ikhlas, cari ilmu dengan ikhlas, menolong orang dengan ikhlas, malah berjuang dengan IKHLAS. Ikhlas bermakna melakukan sesuatu kerana Allah dan berasa bersama dengan Allah.

4. Syaitan sangat suka orang sombong diri, sebaliknya syaitan akan menjauhkan diri daripada orang merendah diri.

Islam menggesa umatnya menjadi orang terunggul dan terhebat, tetapi jangan sampai menjadi seperti Firaun dan Namrud yang sanggup melawan 'Taukeh' (Tuhan).

Kesimpulannya kata kunci untuk melawan syaitan dengan empat huruf, iaitu:

 'BEST'

B - 'believe in Allah' (beriman kepada Allah)
E - 'Eager to learn' (gigih untuk belajar sampai mati)
S - 'sincerity' (melakukan kerja dengan ikhlas)
T - 'towards excellence' (menggapai keunggulan).
Cuma satu hal, apabila sudah berjaya jangan sombong diri, nanti makan diri.

Sedarkah Anda???

0 comments
Assalamualaikum wbt

Atas kesedaran diri sendiri tentang kepentingan HALAL dalam kehidupan seharian, kami bertekad untuk mengubah kehidupan seharian kepada yang lebih baik. Tidak dapat dinafikan lagi, kehidupan seharian kita sering dibayangi dengan perkara SUBHAH yang tanpa kita sedari. Daripada barangan keperluan harian, makanan hinggalah kepada cara pemakaian kita.

Cuba periksa barangan keperluan harian kita...

Barang untuk masakan... JENAMA apakah yang kita pakai??? Siapakah yang membuat/mengilangkannya?? ada tanda HALAL atau tidak?? apakah KANDUNGAN yang terdapat didalamnya??

Barangan mandian kita... ApakahJENAMA sabun yang kita guna?? adakah ianya HALAL?? Ada tanda HALAL?? Siapa yang buat dan apa KANDUNGANnya??

Sabun mencuci pakaian.. ada tanda HALAL pada plastik pembungkusnya?? Siapa pengilangnya??

Berapa ramaikah antara kita yang mengambil berat tentang perkara-perkara ini....?? Sesetengah kita merasai ianya perkara remeh..

Selama berpuluh tahun kita telah menggunakan barangan yang kita sendiri tidak pasti KEHALALANNYA. Orang pakai, kita pun pakai.. Orang makan, kita pun makan..

Kita lihat berapa ramai orang muslim yang makan di KOPITIAM, STARBUCK, RESTORAN MAKANAN CINA (SEAFOOD)... Adakah kita sedar..???

Dulu kita tidak jumpa barangan keluaran MUSLIM... Kini masyarakat muslim kita telah mula sedar akan kepentingan ini dan ramai yang telah berubah kepada barangan HALAL. Telah banyak barangan keperluan harian yang telah dikeluarkan oleh syarikat-syarikat pengeluar BUMIPUTERA MUSLIM kita, cuma kita jumpa ataupun tidak.

Dimana hendak mendapatkannya?? Itu mungkin menjadi satu masalahnya... Tak tahu mana nak cari???

Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah.. Klik saja disini, kami sedia membantu anda mendapatkan barangan keperluan HALAL... Daripada sekecil-kecil produk sehinggalah kepada yang besar..

Bahan masakan, mandian, penjagaan kesihatan dan lain-lain... semuanya keluaran MUSLIM....

Dengarkanlah RADIO IKIM dan JOHOR FM untuk mendapatkan maklumat tentang barangan HALAL ini...

Jika ada sebarang kemusykilan, ataupun hendak mendapatkan barangan HALAL dari kami, Kami sentiasa membantu.


 

MEKAR Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template