PENGENALAN M.E.K.A.R

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh buat semua saudara/saudari yang dikasihi Allah swt sekalian.

Menjana Kerohanian Akhlak Remaja atau lebih dikenali sebagai MEKAR sebagai singkatannya merupakan sebuah organisasi di bawah Biro Pendidikan, Kerohanian dan Kaunseling dimana Biro tersebut di bawah Jawatankuasa Pelajar Kamsis (JPK) yang diketuai oleh ___________________

MEKAR mula ditubuhkan oleh Pn. Halimah Binti Ismail, Penyelaras Kamsis Damai pada tahun 2007. Walaupun usia penubuhan MEKAR masih muda, pergerakan MEKAR semakin berkembang seiring dengan pelbagai program yang dijalankan oleh MEKAR untuk pelajar kamsis seperti mengadakan aktiviti luaran dan dalaman.

Fungsi MEKAR pada kamsis adalah menjaga kerohanian pelajar kamsis di sampingmewujudkan aktiviti-aktiviti berbentuk kerohanian untuk pelajar kamsis seperti Tadarus Al-Quran dan Solat Berjemaah. Selain itu, MEKAR juga membantu Ahli JPK menjaga tatatertib pelajar kamsis mematuhi undang-undang dalam kamsis.






Saturday, December 4, 2010

Salam Maal Hijrah

0 comments


Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah,nescaya mereka akan mendapatkan di bumi ini tempat hijrah yang luas da rezeki yang banyak.Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya kemudian kematian menimpanya sebelum sampai ke tempat yang dituju,maka sungguh,pahalanya telah ditetapkan disisi Allah swt.Dan Allah Maha Pengampun Maha Penyayang

(Surah An Nisaa' Ayat 100)

Jadi apa tunggu lagi wahai saudaraku,kita berubah kepada yang lebih baik!Jom berhijrah,Hijrahkan hatimu agar kamu bahagia di hari kemudian (^_^)V

Erm sebelum tu,kalian semua tahu ke apa maksud Maal Hijrah?Maal hijrah tu dalam bahasa arab tetapi jika bahasa melayunya "Mari berhijrah".Jadi ? Mari,mari,mari berhijrah ! hijrah kepada positif tau :D

MEKAR Yang Tidak Akan Kuncup !

0 comments

Bismillahirahmaniraheem

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat-nikmat yang tidak pernah terhingga yang telah dikurniakan kepada kita semua.Update blog ini juga Allah bagi nikmat,nikmat apa?Nikmat hidup,nikmat masa,nikmat kesihatan,nikmat akal dan macam-macam lagi.Alhamdulilah wa syukurillah.Yelah,cuba kita fikirkan kembali jika Allah tidak memberi kita nikmat-nikmat itu sekarang ini ?Dah mati,mana boleh update blog,tiada masa pun tak boleh update blog.Jadi sentiasalah bersyukur atas nikmat-nikmat yang dikurniakan olehNya.Ya!kerana nikmat Allah itu tidak terbilang,umpama jalan raya yang ada gari-garis putih di atasnya tanpa ada seorang pun yang berjalan diatasnya ingin menghitung berapa banyakkah garis putih itu.Errr peribahasa atau kata bidalan mana ni?Tak apalah yang penting inputnya (^_^).

Mungkin pembaca sekalian tertanya-tanya kemanakah pergi bahan-bahan bacaan atau ilmiah yang ingin dikongsikan seperti yang telah dijanjikan?Mana pergi aktiviti-aktivi mekar?Adakah mekar sudah tidak mekar lagi?Adakah mekar sudah kuncup?Tidak sama sekali,sekali lagi seribu kemaafan andai kelewatan update blog ini dari hari ke hari,minggu ke minggu,bulan ke bulan membuat blog ini seperti terbiar.

Ya!Mekar tidak akan kuncup!Kami akan teruskan dakwah kami.InsyaAllah.Buat pengetahuan pembaca sekalian,kami sudahpun berganti penasihat disebabkan penasihat mekar sebelum ini iaitu Halimah Bt Ismail telah dipindahkan dan berkhidmat di Nilai tidak lagi di Politeknik Shah Alam.Namun,patah tumbuh hilang berganti,Puan Salizahanim telah menggantikan berkhidmat sebagai penasihat Mekar merangkap sebagai warden didalam carta organisasi Jawatankuasa Pelajar Kamsis(JPK).

InsyaAllah kami pihak mekar akan sentiasa memegang janji-janji kami kepada Ummi Halimah Ismail,jasamu tetap kami kenang,budimu sentiasa akan kami kandung.Doa kami agar Ummi Halimah berjaya di dunia akhirat.InsyaAllah kita akan bertemu lagi jika tidak di dunia,di padang mashsyar kelak (^_^).Biasalah lumrah kehidupan,yang bertemu pasti akan berpisah,jika tidak mahu berpisah tidak usahlah bertemu,Tak gitu ? hehe.


Ika : Maaf xdapat menulis dengan baik sekarang ini.Dan xdpt masukkan gambar atau video kerana format blog yang baru (^_^).Lagi pun internet tengah lembap.huuuuu 

Sunday, May 30, 2010

Sesi Januari 2010 berakhir

0 comments
Assalamualaikum wbt buat tatapan para pengunjung yang sudi bertandang ke teratak MEKAR ini.Semoga dengan kunjungan anda ini sedikit sebanyak dapat menambah ilmu pengetahuan anda.

Pertama sekali sekalung tahniah diucapkan kepada semua pelajar Politeknik Shah Alam khususnya buat ajk-ajk tidak kira sama ada MEKAR ataupun PI(Pusat Islam) mahupun JPK(JawatanKuasa Pelajar Kamsis) kerana telah berjaya mengharungi peperiksaan akhir sesi januari 2010.Diharap apa yang kita usahakan akan dinilai dengan baik.Sesiapa yang berusaha pasti Allah akan beri ganjaran yang baik kecuali jika Allah hendak menguji kita sebagai hambaNya.Bersyukurlah dengan keputusan yang bakal kita perolehi nanti.

Tujuan entry kali ini tidaklah sepenting dan seurgent mana,tetapi hanya ingin berkongsi bersama kegembiraan bagi kami yang sudah selesai dengan peperiksaan akhir.Kepada semua yang baru semester 1,2,3 dan selanjutnya diharapkan tidak pernah jemu untuk terus berjuang menimba ilmu bagi memartabatkan Islam.

Kepada semua ajk-ajk semester akhir,kami akan kehilangan ajk MEKAR dan PI yang banyak berjasa dan berkorban tenaga,masa juga wang.Diharap kalian akan terus berjihad di jalan Allah swt.Semoga kalian tidak pernah jemu dalam meneggakkan ad-deen Allah swt.Ingat perjuangan masih panjang,tidak bermakna kalian tidak memegang jawatan di MEKAR atau PUSAT ISLAM,kalian sudah tidak perlu berdakwah,bahkan selepas ini kalian akan memegang jawatan yang lebih gah dari sekarang ini.Jangan kita pernah penat berdakwah,bekerja di jalan Allah swt kerana penat itu akan hilang tetapi pahalanya sentiasa bersama kita.Serta Allah sudah janjikan kerehatan yang panjang di syurga kelak!

InsyaAllah kami akan meneruskan perjuangan kalian dengan apa yang kalian bekalkan buat kami,kami akan menyambung perjuangan yang belum selesai ini.Segala apa pesanan yang kalian tinggalkan buat kami,kami akan ambil sebagai panduan buat kami.Doakan agar segala perjuangan kami dipermudahkan Allah swt.

Semoga kita semua berjaya di dunia dan di akhirat kelak.InsyaAllah.Ayuh kita sama-sama teruskan perjalanan kita.Teruskan dakwah kita menaikkan islam di Mata DUNIA!
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Ingat di dalam surah Al ankabut ayat ke 6 Allah ada berfirman "Dan barang siapa berjihad,maka sesungguhnya jihad itu untuk dirinya sendiri,sungguh Allah Maha Kaya tidak memerlukan sesuatu dari seluruh alam.Subhanallah.

Thursday, May 13, 2010

FINAL EXAM !!

2 comments

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Selamat menduduki peperiksaan akhir kepada semua pelajar Politeknik Premium Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Shah Alam khususnya kepada ajk-ajk MEKAR yang sudi menabur bakti atas program-program yang dihasilkan.Jazakumullah khairan katheera.

Allahumma, Ya ALLAH...  

Ramai di antara kami ini menginginkan kebaikan daripada apa yang kami lakukan,
jadikanlah buat kami peperiksaan akhir ini peperiksaan yang mengukuhkan keimanan kami terhadapMu,
dan jadikanlah ia satu sebab untukk kami mendekatiMu..

Ya ALLAH Ya Ar-Rahman..
Engkau maha mengetahui keadaan kami Ya Allah,
maka Engkau permudahkanlah buat kami apa yang sukar bagi kami..
Engkau peringatkanlah buat kami apa yang kami lupa,
dan Engkau ajarkanlah kami apa yang tidak kami ketahui..


Ya Ar-Razzaq, Ya Ar-Rahim..
Sungguh Engkau menyukai hamba-hambaMu yang kuat,
maka Engkau jadikanlah kami ini antara orang-orang yang kuat..
orang-orang yang mampu bertahan dengan tekanan perasaan dan harapan..
Jadikanlah kami teguh dalam menghadapi ujian-ujianMu..
Kepada-Mulah kami memohon dan meminta..




KepadaMu jualah kami bergantung harap..
Tidak berkurang sedikit pun kekayaanMu dari menunaikan apa yang kami pohonkan,
Maka perkenankanlah do'a kami, dan terimalah 'amalan kami..
Redhailah kami dan jauhkanlah kami dari api neraka,
serta masukkanlah kami ke dalam syurgaMu...

Amiin.. YA RABBAL 'ALAMIIN..





(Doa khas buat ajk-ajk Mekar dan sesiapa shj yg baca post kali ni (*_*) )


Do the best in exam.Ingat,Man Jadda Wajadda!!




BITTAUFIQ WANNAJAH FI IMTIHAN

Tuesday, May 11, 2010

SEKALI LAGI KE RAUDHATUS SAKINAH!

6 comments
Alhamdulillah buat kali keduanya Allah memberi keizinan kepada kami sekali lagi untuk melawat penghuni RS atau nama penuhnya Raudhatus sakinah yang terletak di Sungai Buloh.Raudhatus Sakimah seperti yang sedia maklum dengan entry sebelum ini,RS adalah salah satu pusat pemulihan akhlak dimana remaja-remaja wanita yang dulunya terlibat dengan masalah sosial.Dan kali ini bezanya program ini membuatkan ukhuwah yang sedia erat antara dua badan organisasi menjadi semakin erat dan mampat!Alhamdulillah.Dua badan organisasi yang dinyatakan tadi adalah JawatanKuasa Pelajar Kamsis dan MEKAR.
Setibanya kami di RS,kami disambut mesra oleh para warden dan kaunselor yang berkhidmat di RS Sungai Buloh.dan pastinya kami disambut dengan wajah-wajah keceriaan penghuni RS.Syukran jazilan.

Slot pada pagi itu disampaikan oleh Nur Ain Bt Wahat atau lebih mesra kami memanggilnya Kak Ain,Kak Ain membawa slot yang bertajuk "Rintihan Hatiku".Penghuni-penghuni RS sangat memberi komitmen yang baik sehingga ada yang mengalirkan airmata.Slot pertama tamat kira-kira pukul 11.30 pagi.

Setelah hilang kuasa untuk memegang mic oleh Kak Ain,maka Puan Salizahanim telah mengambil alih kuasa memegang mic.(Dah macam bersaing pulok.haha.gurau).Puan Salizahanim iaitu sekalu warden,telah kami jemput khas untuk mengendalikan slot buat penghuni-penghuni RS.


Selesai slot kedua dari Puan Hanim,Siti Zalikha Abdul Rahman atau lebih dikenali Kak Ika telah membawa slot kecerian seketika buat penghuni-penghuni RS bergembira dan menjalinkan hubungan baik antara fasilitator dari PSA dan sahabat-sahabat mereka sendiri di RS,slot ini lebih kepada slot selingan sementara mereka makan nasi,bukan makan 'tengahari'.(^_^)!Ramai yang menyumbangkan suara mereka,oppss bukan suara sumbang tapi menyumbangkan suara menyanyikan lagu "SEBUAH PERTEMUAN" bersama-sama agar ikatan ukhuwah yang terjalin itu lebih bertambah nikmat dirasakan.Tangan yang menggengam erat cukup sudah membuatkan hati ini sayu serta sebak,Subhanallah indahnya ukhuwah ini jika ia terjalin keranaMu.

SEBUAH PERTEMUAN

Selepas makan nasi,lagi sekali diperingatkan bukan makan tengahari,kami semua menunaikan solat zohor secara ermm apa eh yang seorang kat depan pastu ramai-ramai ikut?Ala yang tu..Ha JEMAAH!hihi..Seusainya solat zohor,aktiviti diteruskan lagi dengan LDK 1,iaitu aktiviti secara berkumpul untuk melukis wajah masing-masing.Pelbagai karenah yang sempat Kak 'Camera' snap.huhu.Ada yang tengok cermin sampai salah lukis tahi lalat.Tahi lalat sebelah kiri tapi letak di sebelah kanan.Ada pula yang selama ini tidak tahu bentuk apa kacamata yang dipakai,bulat ke,petak ke,4 segi ke,sampai buka kacamata untuk fotokopi pada kertas.Apa-apa pun memang kreatif!MABRUK!

Selepas itu,para fasilitator dan penghuni RS membuat bulatan yang lagi besar daripada sebelum ini dan diagihkan kembali wajah-wajah yang tergambar di kertas,tapi bukan wajah sendiri ya.Mereka diminta untuk mencari tuan empunya wajah itu dan berta'aruf seketika.



Aktiviti diteruskan dengan LDK 2,seperti biasa semua diagihkan dengan kertas juga dan diminta untuk melukis.Dengan kami memang suka main lukis-lukis.hihi.Dan seterusnya adalah sesi perkongsian.

Setelah azan asar berkumandang,kami menunaikan solat asar secara berjemaah.Seusainya solat,aktiviti diteruskan lagi,sekali lagi Kak Ika mengambil alih tugasnya.Seperti yang sedia maklum,jika Kak Ika yang bawa mestilah aktivitinya adalah ceria!Ya sekali lagi rumah RS yang cantik tersergam indah itu kami gegarkan dengan suara-suara semangat kami berukhuwah."UNTUKMU TEMAN" dan "TEMAN SEJATI" lagu yang tidak akan kami lupa sampai bila-bila kerana ia mencoret 1001 kenangan antara kita semua.Tangan yang digenggam kita rapat dan eratkan ukhuwah kita lagi dengan meletakkan tangan kita ke bahu kawan yang berada disebelah kita.Ada yang mengalirkan airmata sambil menyanyi walaupun dalam keadaan sebak dan sedih tetapi semangat ukhuwah itu ada.Hati ini turut tersentuh melihat ada sahabat yang menghapuskan airamata sahabat disebelahnya dengan tudungnya sendiri.Komitmen yang diberikan amat baik,tahniah dan syabas diucapkan kepada semua.

Dan setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan,para fasilitator dan penghuni RS telah bersalaman serta memohon maaf andai terkasar bahasa,tersentuh hati dan limpa,terpukul kat mana-mana,tergurau yang berlebihan,tersakitkan kat mana-mana dan ter segala ter.Salam tanda perpisahan itu diiringi dengan lagu "Doa Perpisahan".Fasilitator iaitu ajk juga tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk bermaafan-maafan jika selama berorganisasi atau bersahabat di PSA ada yang terkurang dan terlebih.Harap hati kita ikhlas melafazkan kata azimat maaf itu.Juga diharapkan agar mereka yang menerima maaf itu,memaafkan kerana memaafkan orang itu kan penghapus dosa (^_^).



Pihak kami juga,ada memberikan keperluan asasi untuk penghuni RS.Terima kasih tidak terhingga kepada pihak RS yang sudi menerima segala kekurangan kami dalam menjalankan program di RS,thank you kepada penghuni RS yang sentiasa memberi bantuan pada kami dan sentiasa menerima bantuan dari kami dengan baik.Syukran jazilan buat Ummi Halimah Ismail selaku Penasihat MEKAR kerana walaupun tidak dapat hadir tetapi jasa ummi kami hargai atas barangan yang diberi pinjam.Aligator buat Cik Lin dan Cik Farah yang sudi menemani kami walau hanya seketika.Toche juga buat pengarah program  Muhammad Farhan Roslim atau kami kenali sebagai "Paan" yang sudi datang menjenguk kami,sehingga tertidur dek keletihan menunggu kami selesai program.hihi.Tidak lupa juga pada pak cik driver bas kerana pastinya jika tiada pak cik kami tidak berkesempatan untuk ke RS.Yelah takkan nak suruh Kak Yati pula drive.haha.Kak Umira?lagi lah.Alamatnya sampai sudah tak sampai.Dan pastinya kita hanya merancang Allah yang menentukan,jika tidak keranaMu Ya Allah yang Maha memiliki sesuatu,kami tidak akan sampai ke RS.Jazakumullah khairan khateera buat semua yang membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung.Semoga usaha kita sedikit ini tidak sia-sia dan diperhitung di akhirat kelak.InsyaAllah..Ameen.


Harapan kami agar penghuni-penghuni RS terus istiqamah dalam perubahan,ingat Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar.Jadikan peristiwa b semalam sebagai sempadan.Apa-apa pun syabas dan tahniah buat penghuni RS.Kalian tidak akan kami lupakan.Kami bertuah kerana dapat bertemu dengan orang-orang seperti kalian,orang-orang yang sentiasa diuji Allah dengan ujian yang begitu hebat,orang-orang yang sentiasa disayangi Allah,orang-orang yang sentiasa Allah rindu akan rintihannya.MABRUK penghuni RS.Semoga terus menjadi muslimah yang sejati,InsyaAllah.Semoga kita bertemu lagi,jika tidak ditakdirkan di dunia,insyaAllah diakhirat kelak di dalam Jannah Allah.



IKLAN SEBENTAR (^_^).JOM LIHAT AKSI-AKSI LUAR BIASA DARI MEREKA YANG PANTANG NAMPAK KAMERA





Semua gambar atau cerita yang dibuat adalah gurauan semata-mata,maaf jika ada salah silap sepanjang anda membaca entry kali ini,Apalah sangat hidup kita tanpa gurauan.Gurau-gurauan itu mengeratkan,memaniskan lagi ukhuwah sesama kita.Sesungguhnya segala yang baik datang dari Allah dan segala yang buruk datang dari diri saya yang menaip entry ini.


Sekian Wassalam.

Monday, April 26, 2010

Hari Rabu (^_^)

0 comments
بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum wbt buat tatapan pengunjung teratak MEKAR ini.Alhamudlillah sekali lagi diberikan kesempatan waktu setelah sekian kali meninggal teratak ini kosong tanpa entry baru.InsyaAllah kali ini ingin saya lihatkan kepada semua salah satu aktiviti wajib  kami sepanjang semester sesi januari 2010 ini berlangsung.

Seperti yang sedia maklum,bahawa MEKAR adalah satu organisasi dibawah Biro Kerohanian,jadi tidak hairanlah jika kami nyatakan bahawa setiap hari rabu kami khaskan untuk penghuni-penghuni siswi damai dan sentosa untuk berkumpul di surau damai secara bergilir-gilir mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Tujuannya adalah tidak lain dan tidak bukan,adalah untuk bertadarus bagi memperbetulkan lagi bacaan Al-Quran,solat jemaah dan mendengar sedikit pengisian seusainya solat maghrib sementara menunggu masuknya waktu solat isya',disamping itu aktiviti ini bertujuan mengeratkan silaturrahim antara ajk mekar dan penghuni kamsis siswi kerana strategi berdakwah adalah menyelami hati seseorang itu.Dengan adanya aktiviti ini,akan memudahkan gerak kerja dakwah kami dengan lebih berkesan.InsyaAllah.

Disini diucapkan terima kasih kepada semua penghuni kamsis damai dan sentosa siswi kerana tidak pernah jemu dengan segala aktiviti yang kami aturkan.Orang-orang yang berada di surau damai adalah orang-orang yang terpilih!Maka kamu adalah salah seorang darinya.MABRUK!Semoga segala perasaan ikhlas atau tidak ikhlas itu Allah gantikan dengan kesedaran yang begitu besar harganya!Semoga jua segala ilmu yang diperolehi di suarau damai dapat dikongsikan dengan sahabat-sahabat kita yang diluar sana yang tidak diberikan kesempatan untuk bersama-sama kita.Dikesempatan ini jua kami pihak MEKAR memohon maaf andainya sepanjang anda semua berada di surau damai ada tingkah-laku yang tidak menyenangkan hati,ada kata-kata yang menyakitkan hati,sesungguhnya kami jua adalah insan biasa yang tidak lepas dari melakukan kesalahan.Kami bukan bersifat maksum.JUga kerana itulah kami berada di sini untuk saling ingat-mengingati antara satu sama lain.Jika anda semua hendak tahu kami juga sedang menjalani rawatan merawat hati kerana salah satu cara mengubat hati adalah berkumpul bersama-sama orang-orang yang soleh.Jadi anda mahu bersama kami?Kedatangan anda dialu-alukan.


Ya Allah lembutkanlah hati insan-insan yang telah kami santuni dan lembutkanlah jua hati-hati kami,Engkau letakkanlah hidayahMu pada hati-hati mereka serta kami,Ya Rabb kami hanya mampu membawa mereka ke jalan yang benar tetapi Engkau yang berkuasa untuk memberi hidayah,Apabila Engkau letakkan hidayahMu,kami tahu Ya Allah hanya Engkau juga berkuasa membolak-balikkan hati-hati manusia,Maka janganlah Engkau bolak-balikkan hati mereka dan kami,Pandanglah kami,pandanglah kami dengan pandangan kasih sayangMu,Pandanglah kami,pandanglah kami dengan pandangan rahmatMu.Ya Allah,berkatilah gerak kerja kami ini.Sesungguhnya hanya ini yang mampu kami lakukan untuk bekalan kami di akhirat kelak.Ya Allah jangan Engkau biarkan tangan kami ini menadah kosong.Perkenankanlah segala doa-doa kami Ya Allah jika ia memberi kebaikan kepada kami.Ameen Ya Rabb.


Khusyuk mendengar tazkirah dari penceramah jemputan kami

SEMOGA ANTUM SEMUA ISTIQAMAH DALAM SETIAP PERUBAHAN YANG DIBUAT!(^_^)

Anda Beragama Islam?Ayuh Dapatkan segera BAJU RASMI UMAT ISLAM!

0 comments
بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt buat saudara seaqidah kami,semoga sentiasa dalam jagaan dan rahmat Allah,insyaAllah.


Disini, saya ingin bertanya kepada antum semua baik yang berpangkat tinggi mahupun berpangkat rendah.Adakah antum sudah mempunyai baju rasmi org Islam?eh nanti dulu,jangan salah faham.Pernah ke antum semua tahu,kita orang islam ada baju rasmi? mesti ada yang menjawab "merepek2 je dia ni..." ada pula yang cakap "dia ni xbetol ke... selama aku belajar agama, xda pula org islam ada bju rasmi..."..hehe


Jangan marah,buat pengetahuan semua hamba Allah yang beragama islam perlu memakai baju rasmi jika ingin kembali kepadaNya,kecuali orang yang mati syahid,jadi  faham tak sekarang ni? "KAIN KAPAN" la.... ha tahu ke kain kapan tu apa?Kalau tak tahu cuba rujuk kepada ustazah atau ustaz yang antum selesa dengannya.Kalau baju nak ke pejabat atau nak pergi kerja ada?mesti semua jawab "mesti la ada, xkan xda.dah tu nak g keje pakai apa? paki daun pisang ke?"hahaha... kalau saya tanya baju nak pergi berjumpa dgn Allah dah ada ke?Ada juga yang menjawab "ala xpayah... yang tu kan org tukang mandi jenazah kan dah ada. wat pe susah2..." klu fikir secara logik... yer memang betul apa yang antum cakap..tapi kalu fikir secara teliti.. kalau tukang mandi jenazah tu pun meninggal waktu yang sama antum meninggal.. sape nak sediakan? tapi ada juga yg menjawab "ala... bukan sorang yang mandikan.. ramai lagi ustaz dan ustazah..."

Susah betul la kalau hamba Allah berkira jika ingin beli baju rasmi berjumpa Allah.Kalau kita nak g dinner atau apa² majlis,saya tanya antum.Agak² jatuh atau tidak standart antum kalau meminjam baju dari orang?Saya yakin ramai yang berkata "tidak" kalau dihadapan orang ramai,tetapi hakikat hati antum?Macammana?Tidak mungkin antum sanggup menipu diri sendiri bukan?Tapi kenapa kalau dengan manusia,tahu kita malu,tak kisah laburkan duit banyak mana pun,tetap keluarkan duit untuk kelihatan cantik dan menawan.. sebagai orang atasan,mestilah ingin menjaga personaliti sebagai orang terhormat.Itulah dia "Biar papa asal bergaya"

Tapi kalau nak jumpa Allah?Pakai telekung sebulan xbasuh pun xkisah.Inilah umat islam kita hari ni,sedangkan ada yang lebih utama perlu diadakan sebagai hamba Allah di dunia ini.Allah menciptakan kita untuk beribadah kepadaNya bukan nak mencari harta dunia,tidaklah saya nyatakan bahawa mencari harta dunia salah,cari tidak salah.Dengan harta itu kita boleh beribadah,boleh infakkan kat mana² rumah anak yatim dan sebagainya.Bagi yang lelaki pula kalau dah kerja dan tanggung anak bini itu pun dikira sebagai ibadah tapi ingat la,membeli pakaian ibadah itu lebih utama,kerana hendak beribadah..

Itu dia,tujuan saya berceloteh disini bukan nak jual telekung tapi nak bagi tahu,saya ada sediakan set lengkap pengurusan jenazah.bkn nak meniaga sangat pun.. tapi nak bekongsi kepada semua ummat islam sekaligus memudahkan kepada semua.Set lengkap ni boleh beli untuk persediaan kita,untuk kita juga.Satu hari nanti kita mesti pakai juga xkan la kita ni xmati2 kut,hehe betol x..?klu fikir masa depan,selalu kita fikir "bila aku nak beli kete baru.." "bila la..aku nak beli umah.. asyik duk umah sewa je,asyik tumpang kete org je.." hehe sekarang giliran saya pula nak bertanya.."bila agaknya kita mati ye? dah sedia ke?" "baju nak mati dah ada?" hehe.sebelum ada kete.. rumah ke... adakan lah dulu baju nak jumpa Allah..sbb kita xtau kita mati bila,kenapa,dimana dan sebagainya.dgn mengingati mati kita makin cerdik,cerdik krn setiap langkah perbuatan kita hari-hari sentiasa berjaga-jaga untuk bekalan kita di alam selepas di dunia.Kalau setakat jadi perdana menteri pun bkn cerdik.eh2..bkn nak kata PM kita xcerdik dari segi akedemik.. tapi nak bagi contoh..klu proffesser skali pun di dunia..boleh dia bagi jaminan di akhirat dia juga seorang proffesser dan mesti menjadi orang yang pertama masuk syurga.mestila tidak... so... macam mana...?nak jadi cerdik didunia atau di akhirat sana?Fikirlah yang mana lebih utama,saya tahu semua yang membaca ini otaknya faqih-faqih belaka.Jika tidak masakan antum boleh bijak bermain dalam dunia IT yang canggih sebegini rupa?Tidak begitu?

Tidakkah kamu mempercayai kata2 Nabi... "org yang cerdik, adalah org yang selalu mengingati mati" so jelas hadis tu.. apa yg kita nak pertikaikan lagi.. dapatkan baju rasmi nak jumpa Allah itu pun memudahkan kita nak jumpa Allah... xpayah nak calling2 ustaz tlg sediakan n mandikan jenazah ahli keluarga kita.kita sebagai anak, ibu, bapa.. knp kita sendiri xbuat sendiri.. masa hidup bkn untuk main² sayang.. tapi
bila mati minx org lain mandikan.. kata sayang... adakah kita syg ahli keluarga kita ni kerana Allah?ada x kita niat,klu mak aku mati satu hari nati,aku yang mandikan dan kapankan serta solatkan.itu menandakan kita sayang mak kita sangat sampai tidak membenarkan org lain mandikan mak kita. tapi kita sebagai anak ingin mandikan mak yang mandikan kita semasa kita baby dulu.. xkan la mak yg xbernyawa pun masih xda hati nak mandikan.. YaAllah... kemana hilang kasih sayang kalian kpd keluarga?

Fikir²kanlah wahai semua hamba Allah,dapatkanlah dan hadiahkanlah set lengkap pengurusan jenazah ini kepada isteri mak ayah dan anak2 sebagai tanda kasih sayang kita kepada mereka kerana Allah,dan terangkanlah kepada mereka,bahawa anda sangat menyayangi mereka dan membuat persediaan awal disamping menyedarkan kita bahawa dunia hanyalah pinjaman semata-mata,akhirat itu yang kekal abadi,itulah sayang kita kepada semua sahabat dan keluarga kerana Allah,sayang kerana bimbang dikalangan kita lari dari hala tuju dan matlamat kita sbgai hamba untuk beribadat kepada Allah... download pamplet yang dilampirkan...



Ya saudara seaqidahku.sesungguhnya MATI itu BENAR,ALAM BARZAKH itu BENAR,AKHIRAT itu juga BENAR...











wallah'hua'lam...

Friday, April 23, 2010

Kilauan Remaja Unggul Dan Explorace MEKAR

0 comments
Dengan Menyebut Nama Mu Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda serta sahabat-sahabat Baginda.

Program : Kilauan Remaja Unggul Dan Explorace
Anjuran : Menjana Kerohanian Akhlak Remaja (MEKAR)
Tarikh : 3/04/2010 - 4/04/2010
Masa : 3.00 PM (Sabtu) - 3.00 PM (Ahad)
Peserta : Penghuni Kamsis Dan AJK Mekar
Fasilitator : AJK Mekar Dan Pusat Islam



Assalamualaikum wbt buat tatapan tetamu yang sudi bertandang ke teratak mekar ini.Apa khabar iman dan badan kita?Kami pihak mekar berharap agar muslimin dan muslimat sentiasa dalam redha Allah khususnya para ajk mekar.Alhamdulillah setelah beberapa lama teratak mekar ini senyap tanpa khabar berita dek kekangan masa,akhirnya Allah yang Maha Penyanyang mengurniakan sedikit masa yang terluang ini untuk kami isi dengan sedikit aktiviti kami baru-baru ini.

Alhamdulillah,pada sabtu lepas telah berlangsungnya program "Kilauan Remaja Unggul Dan Explorace" sesi januari 2010.Peserta muslimat telah mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran muslimat yang dijaga oleh kak Ayu Dan Ainur Farhana manakala kaunter pendaftaran muslimin dilaksanakan oleh ajk mekar (xdpt dikenal pasti siapakah.maaf.) di kafeteria tepat jam 3.00 petang.

Selesai membuat pendaftaran,program diteruskan kira-kira pukul 3.30 petang di Dewan Kuliah Kejuruteraan Elektrik. Kami telah mendapat sedikit pengisian atau dengan lebih tepat lagi ceramah yang bertajuk "Jati Diri Remaja Muslim" yang disampaikan oleh Ust.Sharoni Bin Ismail yang tidak asing lagi bagi kami kerana beliau juga adalah salah seorang pensyarah di Jabatan Pengajian Am di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Shah Alam.Ustaz menerangkan yang pertama perlu ada dalam diri orang Islam ialah sabar,kerana sabar adalah pemangkin kepada ke arah kejayaan.Ceramah pada petang itu selesai apabila masuknya waktu solat asar.Peserta muslimin dan muslimat diminta untuk ke Pusat Islam bagi memenuhi tuntutan kita umat islam serta ibadat yang membezakan kita dengan agama lain iaitu SOLAT.

Seusainya solat asar,peserta dikumpulkan di hadapan Pusat Sukan untuk menjalani slot seterusnya iaitu "Ice Breaking" yang dikendalikan dengan jayanya oleh kaunselor-kaunselor pelatih dari Unit Bimbingan dan Kaunseling. Alhamdulillah, peserta-peserta juga memberikan komitmen yang baik kerana tidak  gentar untuk berdiri serta bercakap dihadapan.Terima kasih diucapkan atas kerjasama kalian.

Tamatnya slot "Ice Breaking", peserta muslimin dan muslimat diminta untuk menjamu selera di Kafeteria seterusnya persiapan diri untuk menunaikan solat maghrib secara berjemaah di Pusat Islam.Seusainya solat maghrib,sementara menunggu masuknya waktu isya',Pak Cik Hishamuddin iaitu zauj kepada Penasihat MEKAR Ummi Halimah Ismail telah memberi kami sedikit pengisian.Selepas itu kami menunaikan solat isya' secara berjemaah.

Bagi meneruskan lagi program,peserta diminta sekali lagi berada di Dewan Kuliah Kejuruteraan Elektrik.Kali ini,penceramah jemputannya adalah tidak asing lagi bagi kami ajk MEKAR iaitu Pak Cik Roslan.Pak Cik Roslan mengulas ceramah yang bertajuk "SIAPA KITA"?.Pak Cik Roslan bertanya "bagaimana anda yakin yang anda adalah dicipta?".Dewan kuliah sunyi seketika.Dalam kesunyian itu,ada suara yang kedengaran "kerana pengakhiran hidup kita adalah kematian,seperti jua robot,sampai masanya dia akan rosak,jika kitalah yang menciptakan diri kita sendiri pastinya kita tidak akan mengakhirkan hidup kita."Pak Cik Roslan mengakuinya ia adalah benar.Dan apabila seorang jawab maka ada lagi seorang yang menjawab "Allah telah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud;Sesungguhnya tidak Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu".


Selesai sahaja slot bersama Pak Cik Roslan,program diteruskan lagi dengan perkongsian salah seorang ahli MEKAR yang memeluk Islam ketika beliau masih di bangku sekolah.Beliau menceritakan serba-serbi mengenai beliau sebelum memeluk agama yang sempurna ini dan setelah memeluknya.Apa perbezaan yang beliau dapat lihat sebelum dan selepas beliau memeluk Islam.Didoakan agar beliau sentiasa istiqamah dalam mencari ilmu dan hidayahNya.

Program pada malam itu tamat kira-kira pukul 12.00 tengahmalam.Peserta muslimat bermalam di surau damai manakala muslimin di bilik gerakan Aman bagi memudahkan untuk kami mengejut antara satu sama lain sewaktu hendak berqiamullai nanti.

Tepat jam pukul 5.00 pagi pada esok harinya,peserta berqiamullail secara sendirian dan sewaktu azan subuh berkumandang peserta diarahkan supaya menuju ke Pusat Islam untuk solat subuh secara berjemaah yang diimamkan oleh Ust.Khairul Napisham.Seusainya solat subuh,Ust.Khairul Napisham meneruskan lagi dengan kuliah subuhnya yang bertajuk "KONSEP SYUKUR".Ustaz Khairul Naphisham mengingatkan kami agar rajin bersedekah kerana iblis sudah berkata;Jika umat Islam yang bersedekah walaupun hanya dengan separuh buah tamar maka aku akan terbelah dua.!Subhanaallah lihatlah betapa besarnya nilai sedekah itu.

Tamat kuliah subuh,peserta terus menuju ke kafeteria untuk mengisi perut yang kosong.Tepat jam 8.00 pagi peserta muslimin dikumpulkan di hadapan Pusat Sukan manakala peserta muslimat di bahagian tepi Pusat Islam.Peserta-peserta perlu memanaskan badan terlebih dahulu sebelum memulakan explorace yang bakal mereka tempuhi.Sementara menunggu segala urusan selesai,kami telah bermain pelbagai game.


Apabila jarum jam menunjukkan pukul 9.00 pagi kesemua peserta dikumpulkan semula dihadapan Pusat Sukan.Peserta mendengar sedikit taklimat untuk melancarkan lagi explorace pada pagi itu.Setiap kumpulan dibekalkan barang amanah yang berupa "BISKUT" dan RM1.00.Arahan yang diberi adalah RM1.00 itu mestilah lebih dari RM1.00 apabila explorace tamat.Buatlah apa cara sekalipun asalkan jangan kurang RM1.00 itu tetapi lebihkan.Maka dengan berakhirnya taklimat itu,bermulalah explorace yang dinanti-nanti oleh semua peserta.Pelbagai ragam dan aksi yang dapat kita lihat dari setiap kumpulan masing-masing.Apa yang uniknya explorace MEKAR ini,cepat atau lambat bukanlah persoalannya tetapi siapa yang berjaya mengumpul markah yang banyak merekalah pemenangnya.Markah diambil dari setiap gerak-geri,kerjasama,kreatif,ketua kumpulan,dan sebagainya.

Seterusnya biarlah gambar-gambar ini yang berbicara....

Dah macam kat PLKN.hihi
Sabar dan tabah menunggu rakan sepasukan.haha
Apa yang penting?Kerjaaasamaaa!
Apabila Allah menarik nikmat mata dan tangan itu.Jadi gunakan nikmat yang diberi sebaik mungkin. (^_^)
Kalau kat rumah mak yang basuhkan pinggan,tapi time explorace buatlah yer (^_^)
Apa yang penting?Kerjaaasamaaaa!

Alhamdulillah explorace tamat kira-kira pukul 2.00 petang.Peserta diberi masa untuk merehatkan diri serta membersihkan diri daripada lumpur-lumpur yang melekat pada anggota badan masing-masing.(haha kesian).Setelah peserta selesai solat dan sebagainya,peserta diminta berkumpul semula di kafeteria jam 2.30 petang untuk majlis penutup seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang.

Setelah membuka majlis dengan Ummul Kitab,pengerusi majlis iaitu Hasbullah bin Jamaluddin yang memegang jawatan Biro Kerohanian,Pendidikan dan Kaunseling(JPK) menyerahkan acara kepada Ummi Halimah iaitu Penasihat MEKAR.Seterusnya diteruskan lagi dengan Ketua Warden iaitu Encik Hashim.Encik Hashim berucap sepatah dua kata lalu merasmikan majlis penutup.Acara diserahkan kembali kepada Pengerusi majlis untuk acara seterusnya.Acara seterusnya ialah penyampaian hadiah.Terpancar wajah keriangan dikalangan peserta tidak kira muslimin atau muslimat walaupun badan mereka sedikit keletihan tetapi semangat mereka tetap ada.MABRUK!

Di kesempatan ini,kami pihak MEKAR memohon seribu kemaafan andai berlaku kekurangan sepanjang kami menjalankan program "KILAUAN REMAJA UNGGUL & EXPLORACE" sesi januari 2010 ini kepada semua yang terlibat khususnya kepada semua peserta-peserta yang dikasihi Allah sekalian.Semoga ukhuwah yang dibina di program ini akan berterusan sehingga ke akhir hayat dan tidaklah terputus begitu sahaja.Terima kasih jua buat semua ajk pelaksana muslimin serta muslimat yang sentiasa amanah dan saksama dalam menjalankan tugas.Terima kasih kepada para fasilitator yang sangat kejam-kejam belaka dengan bertindak ganas dalam usaha menghancurkan biskut iaitu barang amanah peserta.(haha)Juga terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.Semoga sedikit usaha kita ini dilihat dan dinilai olehNya diakhirat kelak.InsyaAllah.Dan pastinya kedua tangan kami ini kami angkat serta dahi ini menyentuh bumiMu tanda syukur seorang hamba terhadap Tuhanya yakni Allah saw kerana pastinya jika tidak keranaNya kami tidak berdaya melaksanakan.Ya Allah redhailah dan berkatilah segala usaha kami.Ya Allah jangan kau biarkan tangan ini menadah kosong Ya Allah.Ameen
Seronoklah tu dapat hamper !
SENYUMMMMM (^_^)

Banyak lagi gambar yang akan diupload kemudian menanti anda!Harap bersabar!Time kasih atas kesabaran anda! (^_^)V

Friday, March 26, 2010

Ujian Itu Rahsia Allah swt

0 comments
بسم الله الرحمن الرحيم

Penulis Artikel : DekChik _Photo

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah atau ujian dan lebih tepat lagi dengan perkataan "masalah" hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah.Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.Kadang-kadang kita tertanya-tanya,mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita,pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.Astagfirullah lemahnya dan rendahnya iman kita.Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita.Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang "Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya".Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita.Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita.Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya.Pasti Allah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

"Alihkan pandanganmu matamu ke arah LAUT,airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan.Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya.Begitu juga dengan kehidupan manusia,riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya.Jika rasa kecewa,alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI,airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya.Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT,sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu".

 
Dan suka ana ingatkan di sini,mesej yg selalu kita dapat tapi kadang-kadang kita tidak pernah menghayati dan berfikir

"Janganlah kamu kecewa dengan masalah hari ini sehingga terlupa akan kebahagian esok hari,kerana esok Allah telah sediakan sebuah kebahagian untukmu sebagai hadiah ketabahan hari ini".


Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan?berdoalah kepada Allah,kerana hanya Allah tempat kita kembalikan segala masalah yang sering membelenggu diri kita.Jangan malu untuk merayu-rayu,meminta-minta,memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya,Allah tu Maha Mendengar.Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam,yang memegang hati-hati kita.Disamping itu kita perlu berdoa untuk berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi.Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun!Usah tewas dengan hasutan syaitan,cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing.Yakin dengan diri,pasakkan azam dan cita-cita.Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.Jika rasa tidak kuat,carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita.Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai satu lagi ujian akan datang,jadi bersedialah dalam menghadapi ujian seterusnya.Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang pada dia.


"Disaat ditimpa musibah jangan cakap " Allah i have a BIG ROBLEM,tapi cakaplah Hey problem,i have a BIG ALLAH."



DekChik : Semoga bermanfaat dengan artikel ini,saya hanya untuk mengingatkan sahabat-sahabat yang seislam dengan saya dan paling utama saya mengingatkan diri saya sendiri.Sesungguhnya segala yang baik datang dari Allah dan segala yang buruk berpunca dari diri saya sendiri yang lemah di sisi Allah.

 

MEKAR Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template