PENGENALAN M.E.K.A.R

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh buat semua saudara/saudari yang dikasihi Allah swt sekalian.

Menjana Kerohanian Akhlak Remaja atau lebih dikenali sebagai MEKAR sebagai singkatannya merupakan sebuah organisasi di bawah Biro Pendidikan, Kerohanian dan Kaunseling dimana Biro tersebut di bawah Jawatankuasa Pelajar Kamsis (JPK) yang diketuai oleh ___________________

MEKAR mula ditubuhkan oleh Pn. Halimah Binti Ismail, Penyelaras Kamsis Damai pada tahun 2007. Walaupun usia penubuhan MEKAR masih muda, pergerakan MEKAR semakin berkembang seiring dengan pelbagai program yang dijalankan oleh MEKAR untuk pelajar kamsis seperti mengadakan aktiviti luaran dan dalaman.

Fungsi MEKAR pada kamsis adalah menjaga kerohanian pelajar kamsis di sampingmewujudkan aktiviti-aktiviti berbentuk kerohanian untuk pelajar kamsis seperti Tadarus Al-Quran dan Solat Berjemaah. Selain itu, MEKAR juga membantu Ahli JPK menjaga tatatertib pelajar kamsis mematuhi undang-undang dalam kamsis.






Sunday, February 14, 2010

Mekar Bersama Raudhatus Sakinah




Remaja hari ini terdedah dengan pelbagai gejala sosial yang menyebabkan mereka mudah terjerumus ke dalam aktiviti kurang sihat sama ada secara langsung atau sebaliknya. Ramai di kalangan mereka menjadi mangsa penderaan, penganiayaan, pengabaian, tekanan psikologi, perkosaan, sumbang mahram dan sebagainya.

Sehubungan itu, Raudhatus Sakinah (RS) diwujudkan sebagai sebuah institusi yang memberi perlindungan dan bimbingan kepada remaja puteri yang menjadi mangsa gejala sosial ini. RS berusaha membantu remaja-remaja yang terlibat meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri agar menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan agama.

RS telah beroperasi sejak Ogos 1998 di bawah pengendalian Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (WJIM). RS merupakan projek yang berterusan untuk membantu masyarakat menangani gejala sosial khususnya di kalangan remaja. RS telah didaftarkan secara rasminya di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Oleh yang sedemikian rupa,bagi menunjukkan keprihatinan kami,ajk-ajk telah merangka sebuah program pemantapan sahsiah untuk penghuni Raudhatus Sakinah yang terletak di Sungai Buloh.Selain itu,ajk mekar juga telah memberi sedikit sumbangan berupa keperluan asasi untuk penghuni di situ.Selebihnya biarlah hanya foto-foto ini yang berbicara kerana pastinya ia lebih menarik!
SELAMAT MENONTON !(^_^)

Setibanya di Raudhatus Sakinah
Slot bersama Kak Ain
Pelbagai aktiviti kerohanian yang dijalankan sepanjang kami berada di Raudhatus Sakinah.Setelah beberapa jam kami di sana,maka tibalah saat perpisahan kami dengan penghuni-penghuni RS.Subhanallah,terasa begitu berat hati ingin meninggalkan mereka tetapi itulah lumrah orang yang beriman,bertemu dan berpisah kerana Allah.Kita bertemu kerana hati-hati kita bertaut,tautan yang terjalin atas nama islam dan kita menyembah qiblat yang sama.

"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."
(HR Al-Bukhari dan Muslim)

Di dalam hati terdetik semoga Allah mempertemukan kita lagi,jika tidak ditakdirkan di dunia,berjumpalah kita di akhirat sana di dalam Jannah Allah.InsyaAllah.

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada pihak Raudhatus Sakinah yang sudi menerima kami sebagai tetamu dan layanan yang sangat baik.Terima kasih juga buat semua ajk-ajk pelaksana dalam program ke Raudhatus Sakinah serta ajk-ajk mekar yang turut bersama menjayakan program ini.Tidak dilupakan juga kepada pemandu bas yang sudi menghantar serta menjemput kami.Dan setinggi-tinggi kesyukuran kami ucapkan kepada Allah,kami tadahkan kedua belah tangan kami  kepadaMu serta tidak putus-putus lidah kami mengucapkan "Alhamdulillah" "Terima Kasih Ya Allah""Thank You Allah" kerana pastinya jika tidak dengan pertolonganNya kami tidak dapat melaksanakan program seperti ini.

Semoga sedikit sumbangan yang kita berikan tidak kiralah wang,tenaga mahupun doa yang kita kirimkan,semoga ianya dinilai Allah di akhirat kelak dan didoakan supaya kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman.InsyaAllah...

0 comments:

Post a Comment


 

MEKAR Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template