PENGENALAN M.E.K.A.R

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh buat semua saudara/saudari yang dikasihi Allah swt sekalian.

Menjana Kerohanian Akhlak Remaja atau lebih dikenali sebagai MEKAR sebagai singkatannya merupakan sebuah organisasi di bawah Biro Pendidikan, Kerohanian dan Kaunseling dimana Biro tersebut di bawah Jawatankuasa Pelajar Kamsis (JPK) yang diketuai oleh ___________________

MEKAR mula ditubuhkan oleh Pn. Halimah Binti Ismail, Penyelaras Kamsis Damai pada tahun 2007. Walaupun usia penubuhan MEKAR masih muda, pergerakan MEKAR semakin berkembang seiring dengan pelbagai program yang dijalankan oleh MEKAR untuk pelajar kamsis seperti mengadakan aktiviti luaran dan dalaman.

Fungsi MEKAR pada kamsis adalah menjaga kerohanian pelajar kamsis di sampingmewujudkan aktiviti-aktiviti berbentuk kerohanian untuk pelajar kamsis seperti Tadarus Al-Quran dan Solat Berjemaah. Selain itu, MEKAR juga membantu Ahli JPK menjaga tatatertib pelajar kamsis mematuhi undang-undang dalam kamsis.






Tuesday, February 16, 2010

Percaya Allah Itu Wujud

0 comments
Petikan Dari Blog DekChik a.k.a Ika

ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BANYAK PERKARA.TETAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH,BARBER ITU PUN BERKATA,'' SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.''!''KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYA SI LELAKI TADI.

''CUBA KAMU KELUAR DI TENGAH JALAN ITU DAN TUNJUKKAN PADA SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD".KALAU BETUL ALLAH WUJUD,KENAPA RAMAI SANGAT ORANG SAKIT KAT LUAR TU?KENAPA MASIH ADA KANAK2 YANG TERBIAR?KALAU BETUL ALLAH WUJUD,DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA TAK DAPAT BAYANGKAN ALLAH YANG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU''.

SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG,SELEKEH,KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI.

LELAKI ITU TERUS BERKATA,"KAMU TAHU TAK YG SEBENARNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?''.''KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJA GUNTING RAMBUT KAMU TADI''.KATA BARBER.''TIDAK!'' KATA SI LELAKI TADI.''KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU''.''AH! BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYA!''.KATA BARBER.''TEPAT SEKALI!''. KATA SI LELAKI TADI.''THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN&PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN.''
 


 Moralnya :-
 
Allah swt tidak pernah lupa terhadap hambaNya sebaliknya kita yang sering alpa kepadaNya.Kita merasakan diri kita hebat!gagah!Maka perasaan angkuh,bongkak,sombong mengatasi fitrah hati kita yang mahukan redha Allah swt.Percayalah wahai sahabatku bahawa Allah itu wujud.Jangan sekali-kali biarkan hidup kita jauh dariNya kerana pastinya suatu hari nanti kita akan dikembalikan kepadaNya.Mintalah pertolongan dariNya,mohonlah doa dariNya kerana Allah itu Maha Mendengar.Yakin dengan janji Allah !

Sunday, February 14, 2010

Mekar Bersama Raudhatus Sakinah

0 comments


Remaja hari ini terdedah dengan pelbagai gejala sosial yang menyebabkan mereka mudah terjerumus ke dalam aktiviti kurang sihat sama ada secara langsung atau sebaliknya. Ramai di kalangan mereka menjadi mangsa penderaan, penganiayaan, pengabaian, tekanan psikologi, perkosaan, sumbang mahram dan sebagainya.

Sehubungan itu, Raudhatus Sakinah (RS) diwujudkan sebagai sebuah institusi yang memberi perlindungan dan bimbingan kepada remaja puteri yang menjadi mangsa gejala sosial ini. RS berusaha membantu remaja-remaja yang terlibat meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri agar menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan agama.

RS telah beroperasi sejak Ogos 1998 di bawah pengendalian Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (WJIM). RS merupakan projek yang berterusan untuk membantu masyarakat menangani gejala sosial khususnya di kalangan remaja. RS telah didaftarkan secara rasminya di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Oleh yang sedemikian rupa,bagi menunjukkan keprihatinan kami,ajk-ajk telah merangka sebuah program pemantapan sahsiah untuk penghuni Raudhatus Sakinah yang terletak di Sungai Buloh.Selain itu,ajk mekar juga telah memberi sedikit sumbangan berupa keperluan asasi untuk penghuni di situ.Selebihnya biarlah hanya foto-foto ini yang berbicara kerana pastinya ia lebih menarik!
SELAMAT MENONTON !(^_^)

Setibanya di Raudhatus Sakinah
Slot bersama Kak Ain
Pelbagai aktiviti kerohanian yang dijalankan sepanjang kami berada di Raudhatus Sakinah.Setelah beberapa jam kami di sana,maka tibalah saat perpisahan kami dengan penghuni-penghuni RS.Subhanallah,terasa begitu berat hati ingin meninggalkan mereka tetapi itulah lumrah orang yang beriman,bertemu dan berpisah kerana Allah.Kita bertemu kerana hati-hati kita bertaut,tautan yang terjalin atas nama islam dan kita menyembah qiblat yang sama.

"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."
(HR Al-Bukhari dan Muslim)

Di dalam hati terdetik semoga Allah mempertemukan kita lagi,jika tidak ditakdirkan di dunia,berjumpalah kita di akhirat sana di dalam Jannah Allah.InsyaAllah.

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada pihak Raudhatus Sakinah yang sudi menerima kami sebagai tetamu dan layanan yang sangat baik.Terima kasih juga buat semua ajk-ajk pelaksana dalam program ke Raudhatus Sakinah serta ajk-ajk mekar yang turut bersama menjayakan program ini.Tidak dilupakan juga kepada pemandu bas yang sudi menghantar serta menjemput kami.Dan setinggi-tinggi kesyukuran kami ucapkan kepada Allah,kami tadahkan kedua belah tangan kami  kepadaMu serta tidak putus-putus lidah kami mengucapkan "Alhamdulillah" "Terima Kasih Ya Allah""Thank You Allah" kerana pastinya jika tidak dengan pertolonganNya kami tidak dapat melaksanakan program seperti ini.

Semoga sedikit sumbangan yang kita berikan tidak kiralah wang,tenaga mahupun doa yang kita kirimkan,semoga ianya dinilai Allah di akhirat kelak dan didoakan supaya kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman.InsyaAllah...


 

MEKAR Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template