PENGENALAN M.E.K.A.R

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh buat semua saudara/saudari yang dikasihi Allah swt sekalian.

Menjana Kerohanian Akhlak Remaja atau lebih dikenali sebagai MEKAR sebagai singkatannya merupakan sebuah organisasi di bawah Biro Pendidikan, Kerohanian dan Kaunseling dimana Biro tersebut di bawah Jawatankuasa Pelajar Kamsis (JPK) yang diketuai oleh ___________________

MEKAR mula ditubuhkan oleh Pn. Halimah Binti Ismail, Penyelaras Kamsis Damai pada tahun 2007. Walaupun usia penubuhan MEKAR masih muda, pergerakan MEKAR semakin berkembang seiring dengan pelbagai program yang dijalankan oleh MEKAR untuk pelajar kamsis seperti mengadakan aktiviti luaran dan dalaman.

Fungsi MEKAR pada kamsis adalah menjaga kerohanian pelajar kamsis di sampingmewujudkan aktiviti-aktiviti berbentuk kerohanian untuk pelajar kamsis seperti Tadarus Al-Quran dan Solat Berjemaah. Selain itu, MEKAR juga membantu Ahli JPK menjaga tatatertib pelajar kamsis mematuhi undang-undang dalam kamsis.






Sunday, July 10, 2011

Mengenang Dosa Silam...


Pada hari ini, kita seharusnya bersyukur kerana masih lagi diberikan peluang untuk terus hidup di alam dunia pinjaman Allah kepada kita. Bila-bila masa sahaja kita akan dipanggil balik oleh-Nya, sama ada ketika kita bersedia atau pun tidak....

Seperti biasa, kita akan meneruskan entry yang berunsur keagamaan pada kali nie yang mana diharap manfaatnya akan kita perolehi bersama-sama. Bukan apa kita mesti seimbangkan antara dunia dan akhirat, tak ada guna juga jika kita mengejar dunia dan kebendaan semata-mata yang mana hanya bersifat sementara saja....


Seperti yang kita semua sedia maklum, tak ada pun seorang dari kita manusia biasa nie yang terlepas dari melakukan dosa, tak kiralah dosa tue besar atau pun kecil. Namun pernahkah kita membaca dan merenung ayat-ayat Al-Quran tentang neraka. Neraka adalah tempat pembalasan kepada dosa kita, apabila merenung balasan kat neraka, pasti akan menimbulkan perasaan gerun dan gentar kita walau segagah mana pun kita kat dunia nie....


 


Seterusnya apabila perasaan bersalah terhadap dosa yang telah kita lakukan selama nie semakin mendalam dan tak terkawal lagi di dalam diri kita dan dosa-dosa itu sentiasa terbayang di dalam kotak pemikiran kita, di saat inilah syaitan akan memainkan peranannya sebagai pembisik beracun yang akan tambah memusnahkan diri kita dengan bisikannya yang akan menyebabkan kita terus berputus asa dengan Allah SWT...

Setelah kita berputus asa dengan Allah SWT, kita akan jauh sekali untuk bertaubat dari dosa dan seterusnya akan bergelumang dengan dosa dan maksiat yang telah kita lakukan. Ini kerana kita beranggapan tiada gunanya kita bertaubat kepada Allah SWT, kerana Allah SWT tak akan mengampunkan dosa kita...
 
"Adakah Allah akan mengampunkan dosa ku??"...Persoalan seperti ini selalu akan timbul di dalam hati kita disaat ingin bertaubat kepada Allah SWT. Sepatutnya kita mestilah sentiasa ingat bahawa sesungguhnya, Allah sesekali tak akan pernah memungkiri janjinya kerana Dia telah berjanji akan menghapuskan segala dosa, tak kira besar atau pun kecil dosa kita tue melainkan dosa syirik saja....

Firman Allah SWT yang bermaksud "Katakanlah (wahai Muhammad), wahai hamba-hamba ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia jugalah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Zumar 39:53)...

Dari Abu Hurairah r.a. pula dari Nabi s.a.w. dalam suatu riwayat yang diceritakannya dari Tuhannya yakni Allah Ta'ala sabdanya: "Jikalau seseorang hamba itu melakukan sesuatu dosa lalu ia berkata: "Ya Allah, ampunilah dosaku," 
 
maka berfirmanlah Allah Tabaraka wa Ta'ala: "HambaKu melakukan sesuatu yang berdosa, lalu ia mengerti bahwa ia mempunyai Tuhan yang dapat mengampuni dosa dan dapat pula memberikan hukuman sebab adanya dosa itu." Kemudian apabila hamba itu mengulangi untuk berbuat dosa lagi, lalu ia berkata: "Ya Tuhanku, ampunilah dosaku," 
 
maka Allah Tabaraka wa Ta'ala berfirman: "HambaKu melakukan sesuatu yang berdosa lagi, tetapi ia tetap mengetahui bahwa ia mempunyai Tuhan yang dapat mengampuni dosa dan dapat pula memberikan hukuman sebab adanya dosa itu." Seterusnya apabila hamba mengulangi dosa lagi lalu berkata: "Ya Tuhanku, ampunilah dosaku," 
 
maka Allah Tabaraka wa Ta'ala berfirman: "HambaKu berbuat dosa lagi, tetapi ia mengetahui bahwa ia mempunyai Tuhan yang dapat mengampuni dosa dan dapat pula memberikan hukuman sebab adanya dosa itu. Aku telah mengampuni dosa hambaKu itu, maka hendaklah ia berbuat sekehendak hatinya." (Muttafaq 'alaih)

mari kita sama2 muhasabah diri dan hayati setiap ayat2 yang terdapat dalam lirik "DEBU-DEBU DOSA"


 
 Jika mereka sibuk mencari cinta, Biarlah kita sibuk mencari iman
 Jika mereka sibuk mencari pasangan, biarlah kita sibuk mencari keredhaan.
 Jika mereka menangis kerana kecewa bercinta, biarlah kita menangis kerana mengenang dosa-dosa lama.
 Jika mereka cintakan kemanusiaan, Biarlah kita penuh cinta pada Tuhan.
 Jika mereka mendambakan kehidupan duniawi, Kita dambakanlah ukhrawi.


0 comments:

Post a Comment


 

MEKAR Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template