PENGENALAN M.E.K.A.R

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh buat semua saudara/saudari yang dikasihi Allah swt sekalian.

Menjana Kerohanian Akhlak Remaja atau lebih dikenali sebagai MEKAR sebagai singkatannya merupakan sebuah organisasi di bawah Biro Pendidikan, Kerohanian dan Kaunseling dimana Biro tersebut di bawah Jawatankuasa Pelajar Kamsis (JPK) yang diketuai oleh ___________________

MEKAR mula ditubuhkan oleh Pn. Halimah Binti Ismail, Penyelaras Kamsis Damai pada tahun 2007. Walaupun usia penubuhan MEKAR masih muda, pergerakan MEKAR semakin berkembang seiring dengan pelbagai program yang dijalankan oleh MEKAR untuk pelajar kamsis seperti mengadakan aktiviti luaran dan dalaman.

Fungsi MEKAR pada kamsis adalah menjaga kerohanian pelajar kamsis di sampingmewujudkan aktiviti-aktiviti berbentuk kerohanian untuk pelajar kamsis seperti Tadarus Al-Quran dan Solat Berjemaah. Selain itu, MEKAR juga membantu Ahli JPK menjaga tatatertib pelajar kamsis mematuhi undang-undang dalam kamsis.






Wednesday, July 20, 2011

Andai ini Ramadhan terakhir Bagi Kita Semua....

1 comments
wahai dikau…renunglah engkau akan nasib diri
wahai qalbu…sedarkah engkau akan gerak hati
wahai aqal…terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi 

andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali buatmu
sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
kematian…adalah sesuatu yang pasti 

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
biarpun anak tekak kering kehausan air
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu…kepada-NYA Tuhan yang satu 

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjai…
sungguh khusyuk lagi tawadhu’
tubuh, minda, dan qalbu…
bersatu memperhamba diri
mengadap Rabbul Jalil…
menangisi kecurangan janji 

“innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin” 

[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku… kuserahkan
hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam] 

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dipersia begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang…bakal kau syairkan 

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan
berterawih…berqiamullail…bertahajjud…
mengadu…merintih…meminta belas kasih
“sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi…aku juga
tidak sanggup untuk ke neraka-MU”
oleh itu duhai Ilahi…
kasihanilah daku hamba-MU ini 
 
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupai mereka yang tersayang
ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru…kita cari…suatu malam idaman
yang lebih berkat dari seribu bulan 


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir
mempersiap diri…rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan …lorong-lorong redha Ar-Rahman
duhai Ilahi….

andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti…paling berseri…
menerangi kegelapan hati-hati kami
menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasih sayang mu Ya Ilahi…
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Tuesday, July 12, 2011

Lima Syarat Nak Buat Maksiat Dan TAUBAT..

0 comments

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Firman Allah swt : “Wahai Orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha” (At-Tahrim: 8).

Di dalam ayat ini Allah swt menyeru hamba-hambaNya supaya bertaubat di atas dosa-dosa yang telah dilakukan dengan sebenar-benar taubat. Bukan sepertimana yang dilakukan oleh sesetengah golongan manusia yang hanya lisannya sahaja melafazkan kalimah taubat sedangkan ia masih lagi bergelumang dengan dosa dan maksiat.

Ulama’ telah menyebutkan syarat-syarat yang mesti ada bagi seseorang yang benar-benar ingin bertaubat sepertimana yang telah diambil dari Al-Quran dan hadis, antaranya:

1) Bersegera meninggalkan perbuatan dosa dan maksiat tersebut.
2) Menyesal atas dosa-dosa yang telah dilakukan.
3) Berazam untuk tidak kembali bergelumang dalam dosa dan kemaksiatan.
4) Mengembalikan hak-hak orang yang dizalimi atau memohon kemaafan darinya.

 Adakah Allah Menerima Taubatku???
“Aku ingin bertaubat tetapi dosaku terlalu banyak. Aku masih belum meninggalkan perbuatan-perbuatan keji dan maksiat yang aku lakukan. Aku telah melakukan maksiat ini sejak aku masih kecil sehinggalah sekarang. Aku mencuri. Aku berbohong. Aku meninggalkan solat. Aku tidak membayar zakat. Dosaku terlalu banyak sehingga aku tidak yakin bahawa Allah swt akan mengampunkan dosa-dosa yang telah aku lakukan sekian lama. Kini aku bertahajjud disepertiga malam, aku berpuasa isnin dan khamis, dan aku membaca Al-Quran. Adakah Allah akan mengampunkan aku dan menerima taubatku???

Firman Allah swt: “ Katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang berlebih-lebihan terhadap dirinya (dengan memperbuat dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah swt. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kembalilah (bertaubatlah) kamu kepada tuhanmu, dan patuhlah kamu kepadaNya sebelum tiba siksaan kepadamu, kemudian kamu tidak mendapat pertolongan” (Az-Zumar: 53,54).

Marilah sama-sama kita renungi dan hayati maksud Firman Allah di atas yang secara langsung menjadi jawapan bagi persoalan hamba-hambaNya yang masih ragu-ragu untuk bertaubat.

Seorang hamba yang merasakan bahawa dosanya terlalu banyak dan merasakan ianya tidak mungin mendapat keampunan daripada Allah swt akan menjerumuskan dia kepada perkara-perkara berikut :
 

Pertama: Tidak yakin pada luasnya rahmat dan magfirah Allah swt.
Firman Allah swt: “Dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu (Al-A’raf: 156).


Kedua: Berkurangnya keimanan dan keyakinan terhadap qudrah Allah swt mengampunkan dosa hamba-hambanya.
Firman Allah swt dalam sebuah hadis qudsi: “Barangsiapa yang megetahui dan meyakini bahawa hanya Aku yang mampu mengampunkan segala dosa maka akan aku ampunkan dosa-dosanya selama mana dia tidak mensyirikkan aku dengan sesuatu”.

Ketiga: Lemahnya salah satu perasaan yang patut ada pada diri seorang hamba iaitu Ar-raja’ (berharap).
Allah swt telah berfirman dalam sebuah hadis qudsi : “ Wahai anak Adam! Sekiranya engkau berdoa dan memohon keampunan dariKu, maka akan Aku ampunkan segala dosa-dosamu. Wahai anak Adam! Sekiranya dosa-dosa yang telah engkau lakukan menggunung setinggi langit kemudian kau memohon keampunan dariku, maka akan Aku ampunkan dosa-dosamu. Wahai anak Adam! Sekiranya kau datang kepadaku dengan dosa sebanyak seisi dunia dan kau tidak mensyirikkan Aku dengan sesuatu, maka akan Aku datangkan padamu maghfirahku sebanyak seisi dunia”.

Keempat: Tidak berusaha untuk bertaubat dan memohon keampunan bagi menghapuskan dosa-dosanya.
Rasulullah saw bersabda: “Orang yang bertaubat daripada dosa-dosa yang dilakukannya seumpama tidak ada dosa bagi dirinya.


Semoga kita semua tergolong dikalangan orang-orang yang bertaubat dengan sebenar-benar taubat (taubat nasuha) dan ikhlas kerana Allah swt. Sesungguhnya Allah itu Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

Janganlah melambat-lambatkan taubat kerana ajal kita tidak memandang usia dan tempat.  
Firman Allah swt: “Bagi tiap-tiap ummat itu ada ajalnya, apabila datang ajal mereka itu, mereka tidak akan dapat melambatkannya dan tidak pula dapat mempercepatkannya walau sesaat jua pun” (Al-A’raf: 34). “Dan mohon ampunlah (beristighfar) kamu kepada tuhanmu kemudian bertaubatlah kamu kepadaNya, nescaya Dia akan memberi kamu kesenangan yang baik sehingga sampai ajalmu” (Hud: 3).

Monday, July 11, 2011

BIODATA IBLIS

0 comments
Nama
Iblis Laknatullah
Tarikh kelahiran
Bermula daripada keengganannya sujud kepadaNabi Adam a.s.
Pejabat operasi
Tandas, bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
Status diri
Fasik kelas pertama
Rakan kongsi
Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan manusia
Agama
Kufur.
Sumber pendapatan
Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba
Tempat tinggal di dunia
Hati-hati mereka yang lalai
Jenis perkhidmatan
Menggalakkaan manusia mengerjakan kemungkaran dan kederhakaan terhadap Allah
Tempat tinggal di akhirat
Neraka Jahannam
Tempoh perkhidmatan
Sehingga hari kiamat
Kawasan
Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah
Matlamat Perjalanan
Membawa setiap makhluk ke Neraka Jahannam
Arah perjalanan
Tiada haluan dan bengkang bengkok
Teman Sejawat
Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Isteri di dunia
Setiap wanita yang tidak menutup aurat dan mentaati Allah, Rasul dan suaminya
Ganjaran
Dosa dan kemurkaan Allah
Kaum kerabat
Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
Berkomunikasi dengan
Orang yang suka mengumpat, mencaci memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam
Modal pusingan
Angan-angan kosong
Makanan kegemaran
Daging orang mati dan segala najis dan kotoran
Tempat pertemuan
Pasar-pasar
Yang ditakuti
Orang mukmin yang bertakwa, beriman, dan beramal
Musuh ketat
Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Yang dibenci
Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Motto kerja
'Hipokrasi asas akhlak'
Alat perangkap
Wanita cantik, model, pelacur, peragawati dan sebagainya
Kesukaannya
Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkannya
Saat ajal
Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak
Cita-cita
Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
Janji-janji
Janji kosong, angan-angan dan tipu daya
Kelemahannya
Bila orang membaca Istighfar
Yang membuatnya menangis
Bila orang sujud kepada Allah s.w.t
Lambang
Sebarang tatu

Sunday, July 10, 2011

Mengenang Dosa Silam...

0 comments
Pada hari ini, kita seharusnya bersyukur kerana masih lagi diberikan peluang untuk terus hidup di alam dunia pinjaman Allah kepada kita. Bila-bila masa sahaja kita akan dipanggil balik oleh-Nya, sama ada ketika kita bersedia atau pun tidak....

Seperti biasa, kita akan meneruskan entry yang berunsur keagamaan pada kali nie yang mana diharap manfaatnya akan kita perolehi bersama-sama. Bukan apa kita mesti seimbangkan antara dunia dan akhirat, tak ada guna juga jika kita mengejar dunia dan kebendaan semata-mata yang mana hanya bersifat sementara saja....


Seperti yang kita semua sedia maklum, tak ada pun seorang dari kita manusia biasa nie yang terlepas dari melakukan dosa, tak kiralah dosa tue besar atau pun kecil. Namun pernahkah kita membaca dan merenung ayat-ayat Al-Quran tentang neraka. Neraka adalah tempat pembalasan kepada dosa kita, apabila merenung balasan kat neraka, pasti akan menimbulkan perasaan gerun dan gentar kita walau segagah mana pun kita kat dunia nie....


 


Seterusnya apabila perasaan bersalah terhadap dosa yang telah kita lakukan selama nie semakin mendalam dan tak terkawal lagi di dalam diri kita dan dosa-dosa itu sentiasa terbayang di dalam kotak pemikiran kita, di saat inilah syaitan akan memainkan peranannya sebagai pembisik beracun yang akan tambah memusnahkan diri kita dengan bisikannya yang akan menyebabkan kita terus berputus asa dengan Allah SWT...

Setelah kita berputus asa dengan Allah SWT, kita akan jauh sekali untuk bertaubat dari dosa dan seterusnya akan bergelumang dengan dosa dan maksiat yang telah kita lakukan. Ini kerana kita beranggapan tiada gunanya kita bertaubat kepada Allah SWT, kerana Allah SWT tak akan mengampunkan dosa kita...
 
"Adakah Allah akan mengampunkan dosa ku??"...Persoalan seperti ini selalu akan timbul di dalam hati kita disaat ingin bertaubat kepada Allah SWT. Sepatutnya kita mestilah sentiasa ingat bahawa sesungguhnya, Allah sesekali tak akan pernah memungkiri janjinya kerana Dia telah berjanji akan menghapuskan segala dosa, tak kira besar atau pun kecil dosa kita tue melainkan dosa syirik saja....

Firman Allah SWT yang bermaksud "Katakanlah (wahai Muhammad), wahai hamba-hamba ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia jugalah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Zumar 39:53)...

Dari Abu Hurairah r.a. pula dari Nabi s.a.w. dalam suatu riwayat yang diceritakannya dari Tuhannya yakni Allah Ta'ala sabdanya: "Jikalau seseorang hamba itu melakukan sesuatu dosa lalu ia berkata: "Ya Allah, ampunilah dosaku," 
 
maka berfirmanlah Allah Tabaraka wa Ta'ala: "HambaKu melakukan sesuatu yang berdosa, lalu ia mengerti bahwa ia mempunyai Tuhan yang dapat mengampuni dosa dan dapat pula memberikan hukuman sebab adanya dosa itu." Kemudian apabila hamba itu mengulangi untuk berbuat dosa lagi, lalu ia berkata: "Ya Tuhanku, ampunilah dosaku," 
 
maka Allah Tabaraka wa Ta'ala berfirman: "HambaKu melakukan sesuatu yang berdosa lagi, tetapi ia tetap mengetahui bahwa ia mempunyai Tuhan yang dapat mengampuni dosa dan dapat pula memberikan hukuman sebab adanya dosa itu." Seterusnya apabila hamba mengulangi dosa lagi lalu berkata: "Ya Tuhanku, ampunilah dosaku," 
 
maka Allah Tabaraka wa Ta'ala berfirman: "HambaKu berbuat dosa lagi, tetapi ia mengetahui bahwa ia mempunyai Tuhan yang dapat mengampuni dosa dan dapat pula memberikan hukuman sebab adanya dosa itu. Aku telah mengampuni dosa hambaKu itu, maka hendaklah ia berbuat sekehendak hatinya." (Muttafaq 'alaih)

mari kita sama2 muhasabah diri dan hayati setiap ayat2 yang terdapat dalam lirik "DEBU-DEBU DOSA"


 
 Jika mereka sibuk mencari cinta, Biarlah kita sibuk mencari iman
 Jika mereka sibuk mencari pasangan, biarlah kita sibuk mencari keredhaan.
 Jika mereka menangis kerana kecewa bercinta, biarlah kita menangis kerana mengenang dosa-dosa lama.
 Jika mereka cintakan kemanusiaan, Biarlah kita penuh cinta pada Tuhan.
 Jika mereka mendambakan kehidupan duniawi, Kita dambakanlah ukhrawi.


Monday, July 4, 2011

ALLAH MENGUJI HAMBANYA....TAPI KENAPA..??

1 comments
Kehidupan seharian menyaksikan kita sering kali diuji..Diuji daripada luar dan dalam..atas dan bawah..depan dan belakang..Namun begitu,bilamana kita diuji..Kemana pengaduan kita?Adakah kita suka mengeluh?Adakah acap kali kita menyalahkan Sang Pencipta??

Sedarlah wahai manusia yang hina..Allah menguji kita kerna Allah sayangkan kita..Kerna Allah S.W.T itu penuh dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim..Kerna Allah ingin memasukkan ke dalam syurgaNya..Jom kita baca soalan dan dalil di bawah,agar kita mampu mengerti..


KENAPA AKU DIUJI?
Firman Allah SWT: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta." (QS Al-Ankabut: 2~3)

KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YANG AKU INGINKAN?
Firman Allah SWT: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (QS Al-Baqarah: 216)

KENAPA SANGAT BERAT UJIAN INI?
Firman Allah SWT: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (QS Al-Baqarah: 286)

AKU RASA KECEWA!
Firman Allah SWT: "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman." (QS Al-Imran: 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
Firman Allah SWT: "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran dan perteguhkanlah kekuatanmu serta patuhlah kamu kepada Allah supaya, kamu beruntung (mencapai kemenangan)." (QS Al-Imran: 200)

Firman Allah SWT lagi: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepadaorang-orang yang khusyuk" (QS Al-Baqarah: 45)

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Firman Allah SWT: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..." (QS At-Taubah: 111)

KEPADA SIAPA AKU MENYANDARKAN HARAPAN?
Firman Allah SWT: "...Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia memiliki Arasy yang agung." (QS At-Taubah: 129)

AKU TAK MAMPU BERTAHAN LAGI!!!!!
Firman Allah SWT: "... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (QS Yusuf: 12)

Ya Allah..
Jadikanlah diriku seorang hamba yang sentiasa mengingati diriMu dimana jua diriku berada & aku mohon agar Kau sentiasa bersamaku dan memberi pertolongan dimana jua aku berada...
 
Ya Allah..
Jadikanlah diriku seorang hamba yang tabah dan sabar dalam menghadapi segala ujian dan dugaan samada dalam bentuk kesusahan ataupun kesenangan...
 
Ya Allah...
Jadikanlah diriku seorang hamba yang sentiasa redha dengan apa yang Kau berikan kepada diriku...

Jadilah kita hambaNya yang senantiasa tunduk dan patuh pada syariatNya..Bukan manusia yang angkur dan takbur di bumi Allah ini..Nauzubillah~ Moga-moga kita terus berada di dalam redhaNya..

amin ya rabbal alamin...

 

MEKAR Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template