PENGENALAN M.E.K.A.R

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh buat semua saudara/saudari yang dikasihi Allah swt sekalian.

Menjana Kerohanian Akhlak Remaja atau lebih dikenali sebagai MEKAR sebagai singkatannya merupakan sebuah organisasi di bawah Biro Pendidikan, Kerohanian dan Kaunseling dimana Biro tersebut di bawah Jawatankuasa Pelajar Kamsis (JPK) yang diketuai oleh ___________________

MEKAR mula ditubuhkan oleh Pn. Halimah Binti Ismail, Penyelaras Kamsis Damai pada tahun 2007. Walaupun usia penubuhan MEKAR masih muda, pergerakan MEKAR semakin berkembang seiring dengan pelbagai program yang dijalankan oleh MEKAR untuk pelajar kamsis seperti mengadakan aktiviti luaran dan dalaman.

Fungsi MEKAR pada kamsis adalah menjaga kerohanian pelajar kamsis di sampingmewujudkan aktiviti-aktiviti berbentuk kerohanian untuk pelajar kamsis seperti Tadarus Al-Quran dan Solat Berjemaah. Selain itu, MEKAR juga membantu Ahli JPK menjaga tatatertib pelajar kamsis mematuhi undang-undang dalam kamsis.






Friday, March 22, 2013

Perginya Mama


Dengan lafaz bismilahirahmaniraheem.Alhamdulillah wa syukurillah.Akhirnya dipermudahkan segala urusan.Untuk pengetahuan semua,blog ini sudah lama terbiar kerana kami kehilangan password.

Entry kali ini,kami hendak memaklumkan bahawa seorang pensyarah/staff psa dan warden kesayangan kami telah kembali ke rahmatullah.Puan Marini Binti Hassan atau lebih kami mesra dengan panggilan "mama".

Sesungguhnya dia memang seorang mama yang sangat penyayang terhadap anak-anaknya yakni kami sebagai ajk-ajk.Doakan mama kami ya.

Semoga rohnya dikalangan mereka yang beriman.In Shaa Allah. Aameen.

Mama yang bertudung hijau bersama penyelia-penyelia yang lain

0 comments:

Post a Comment


 

MEKAR Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template