PENGENALAN M.E.K.A.R

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh buat semua saudara/saudari yang dikasihi Allah swt sekalian.

Menjana Kerohanian Akhlak Remaja atau lebih dikenali sebagai MEKAR sebagai singkatannya merupakan sebuah organisasi di bawah Biro Pendidikan, Kerohanian dan Kaunseling dimana Biro tersebut di bawah Jawatankuasa Pelajar Kamsis (JPK) yang diketuai oleh ___________________

MEKAR mula ditubuhkan oleh Pn. Halimah Binti Ismail, Penyelaras Kamsis Damai pada tahun 2007. Walaupun usia penubuhan MEKAR masih muda, pergerakan MEKAR semakin berkembang seiring dengan pelbagai program yang dijalankan oleh MEKAR untuk pelajar kamsis seperti mengadakan aktiviti luaran dan dalaman.

Fungsi MEKAR pada kamsis adalah menjaga kerohanian pelajar kamsis di sampingmewujudkan aktiviti-aktiviti berbentuk kerohanian untuk pelajar kamsis seperti Tadarus Al-Quran dan Solat Berjemaah. Selain itu, MEKAR juga membantu Ahli JPK menjaga tatatertib pelajar kamsis mematuhi undang-undang dalam kamsis.






Friday, March 26, 2010

Ujian Itu Rahsia Allah swt


بسم الله الرحمن الرحيم

Penulis Artikel : DekChik _Photo

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah atau ujian dan lebih tepat lagi dengan perkataan "masalah" hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah.Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.Kadang-kadang kita tertanya-tanya,mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita,pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.Astagfirullah lemahnya dan rendahnya iman kita.Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita.Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang "Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya".Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita.Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita.Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya.Pasti Allah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

"Alihkan pandanganmu matamu ke arah LAUT,airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan.Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya.Begitu juga dengan kehidupan manusia,riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya.Jika rasa kecewa,alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI,airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya.Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT,sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu".

 
Dan suka ana ingatkan di sini,mesej yg selalu kita dapat tapi kadang-kadang kita tidak pernah menghayati dan berfikir

"Janganlah kamu kecewa dengan masalah hari ini sehingga terlupa akan kebahagian esok hari,kerana esok Allah telah sediakan sebuah kebahagian untukmu sebagai hadiah ketabahan hari ini".


Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan?berdoalah kepada Allah,kerana hanya Allah tempat kita kembalikan segala masalah yang sering membelenggu diri kita.Jangan malu untuk merayu-rayu,meminta-minta,memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya,Allah tu Maha Mendengar.Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam,yang memegang hati-hati kita.Disamping itu kita perlu berdoa untuk berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi.Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun!Usah tewas dengan hasutan syaitan,cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing.Yakin dengan diri,pasakkan azam dan cita-cita.Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.Jika rasa tidak kuat,carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita.Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai satu lagi ujian akan datang,jadi bersedialah dalam menghadapi ujian seterusnya.Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang pada dia.


"Disaat ditimpa musibah jangan cakap " Allah i have a BIG ROBLEM,tapi cakaplah Hey problem,i have a BIG ALLAH."



DekChik : Semoga bermanfaat dengan artikel ini,saya hanya untuk mengingatkan sahabat-sahabat yang seislam dengan saya dan paling utama saya mengingatkan diri saya sendiri.Sesungguhnya segala yang baik datang dari Allah dan segala yang buruk berpunca dari diri saya sendiri yang lemah di sisi Allah.

0 comments:

Post a Comment


 

MEKAR Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template