PENGENALAN M.E.K.A.R

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh buat semua saudara/saudari yang dikasihi Allah swt sekalian.

Menjana Kerohanian Akhlak Remaja atau lebih dikenali sebagai MEKAR sebagai singkatannya merupakan sebuah organisasi di bawah Biro Pendidikan, Kerohanian dan Kaunseling dimana Biro tersebut di bawah Jawatankuasa Pelajar Kamsis (JPK) yang diketuai oleh ___________________

MEKAR mula ditubuhkan oleh Pn. Halimah Binti Ismail, Penyelaras Kamsis Damai pada tahun 2007. Walaupun usia penubuhan MEKAR masih muda, pergerakan MEKAR semakin berkembang seiring dengan pelbagai program yang dijalankan oleh MEKAR untuk pelajar kamsis seperti mengadakan aktiviti luaran dan dalaman.

Fungsi MEKAR pada kamsis adalah menjaga kerohanian pelajar kamsis di sampingmewujudkan aktiviti-aktiviti berbentuk kerohanian untuk pelajar kamsis seperti Tadarus Al-Quran dan Solat Berjemaah. Selain itu, MEKAR juga membantu Ahli JPK menjaga tatatertib pelajar kamsis mematuhi undang-undang dalam kamsis.






Friday, April 23, 2010

Kilauan Remaja Unggul Dan Explorace MEKAR


Dengan Menyebut Nama Mu Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda serta sahabat-sahabat Baginda.

Program : Kilauan Remaja Unggul Dan Explorace
Anjuran : Menjana Kerohanian Akhlak Remaja (MEKAR)
Tarikh : 3/04/2010 - 4/04/2010
Masa : 3.00 PM (Sabtu) - 3.00 PM (Ahad)
Peserta : Penghuni Kamsis Dan AJK Mekar
Fasilitator : AJK Mekar Dan Pusat Islam



Assalamualaikum wbt buat tatapan tetamu yang sudi bertandang ke teratak mekar ini.Apa khabar iman dan badan kita?Kami pihak mekar berharap agar muslimin dan muslimat sentiasa dalam redha Allah khususnya para ajk mekar.Alhamdulillah setelah beberapa lama teratak mekar ini senyap tanpa khabar berita dek kekangan masa,akhirnya Allah yang Maha Penyanyang mengurniakan sedikit masa yang terluang ini untuk kami isi dengan sedikit aktiviti kami baru-baru ini.

Alhamdulillah,pada sabtu lepas telah berlangsungnya program "Kilauan Remaja Unggul Dan Explorace" sesi januari 2010.Peserta muslimat telah mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran muslimat yang dijaga oleh kak Ayu Dan Ainur Farhana manakala kaunter pendaftaran muslimin dilaksanakan oleh ajk mekar (xdpt dikenal pasti siapakah.maaf.) di kafeteria tepat jam 3.00 petang.

Selesai membuat pendaftaran,program diteruskan kira-kira pukul 3.30 petang di Dewan Kuliah Kejuruteraan Elektrik. Kami telah mendapat sedikit pengisian atau dengan lebih tepat lagi ceramah yang bertajuk "Jati Diri Remaja Muslim" yang disampaikan oleh Ust.Sharoni Bin Ismail yang tidak asing lagi bagi kami kerana beliau juga adalah salah seorang pensyarah di Jabatan Pengajian Am di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Shah Alam.Ustaz menerangkan yang pertama perlu ada dalam diri orang Islam ialah sabar,kerana sabar adalah pemangkin kepada ke arah kejayaan.Ceramah pada petang itu selesai apabila masuknya waktu solat asar.Peserta muslimin dan muslimat diminta untuk ke Pusat Islam bagi memenuhi tuntutan kita umat islam serta ibadat yang membezakan kita dengan agama lain iaitu SOLAT.

Seusainya solat asar,peserta dikumpulkan di hadapan Pusat Sukan untuk menjalani slot seterusnya iaitu "Ice Breaking" yang dikendalikan dengan jayanya oleh kaunselor-kaunselor pelatih dari Unit Bimbingan dan Kaunseling. Alhamdulillah, peserta-peserta juga memberikan komitmen yang baik kerana tidak  gentar untuk berdiri serta bercakap dihadapan.Terima kasih diucapkan atas kerjasama kalian.

Tamatnya slot "Ice Breaking", peserta muslimin dan muslimat diminta untuk menjamu selera di Kafeteria seterusnya persiapan diri untuk menunaikan solat maghrib secara berjemaah di Pusat Islam.Seusainya solat maghrib,sementara menunggu masuknya waktu isya',Pak Cik Hishamuddin iaitu zauj kepada Penasihat MEKAR Ummi Halimah Ismail telah memberi kami sedikit pengisian.Selepas itu kami menunaikan solat isya' secara berjemaah.

Bagi meneruskan lagi program,peserta diminta sekali lagi berada di Dewan Kuliah Kejuruteraan Elektrik.Kali ini,penceramah jemputannya adalah tidak asing lagi bagi kami ajk MEKAR iaitu Pak Cik Roslan.Pak Cik Roslan mengulas ceramah yang bertajuk "SIAPA KITA"?.Pak Cik Roslan bertanya "bagaimana anda yakin yang anda adalah dicipta?".Dewan kuliah sunyi seketika.Dalam kesunyian itu,ada suara yang kedengaran "kerana pengakhiran hidup kita adalah kematian,seperti jua robot,sampai masanya dia akan rosak,jika kitalah yang menciptakan diri kita sendiri pastinya kita tidak akan mengakhirkan hidup kita."Pak Cik Roslan mengakuinya ia adalah benar.Dan apabila seorang jawab maka ada lagi seorang yang menjawab "Allah telah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud;Sesungguhnya tidak Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu".


Selesai sahaja slot bersama Pak Cik Roslan,program diteruskan lagi dengan perkongsian salah seorang ahli MEKAR yang memeluk Islam ketika beliau masih di bangku sekolah.Beliau menceritakan serba-serbi mengenai beliau sebelum memeluk agama yang sempurna ini dan setelah memeluknya.Apa perbezaan yang beliau dapat lihat sebelum dan selepas beliau memeluk Islam.Didoakan agar beliau sentiasa istiqamah dalam mencari ilmu dan hidayahNya.

Program pada malam itu tamat kira-kira pukul 12.00 tengahmalam.Peserta muslimat bermalam di surau damai manakala muslimin di bilik gerakan Aman bagi memudahkan untuk kami mengejut antara satu sama lain sewaktu hendak berqiamullai nanti.

Tepat jam pukul 5.00 pagi pada esok harinya,peserta berqiamullail secara sendirian dan sewaktu azan subuh berkumandang peserta diarahkan supaya menuju ke Pusat Islam untuk solat subuh secara berjemaah yang diimamkan oleh Ust.Khairul Napisham.Seusainya solat subuh,Ust.Khairul Napisham meneruskan lagi dengan kuliah subuhnya yang bertajuk "KONSEP SYUKUR".Ustaz Khairul Naphisham mengingatkan kami agar rajin bersedekah kerana iblis sudah berkata;Jika umat Islam yang bersedekah walaupun hanya dengan separuh buah tamar maka aku akan terbelah dua.!Subhanaallah lihatlah betapa besarnya nilai sedekah itu.

Tamat kuliah subuh,peserta terus menuju ke kafeteria untuk mengisi perut yang kosong.Tepat jam 8.00 pagi peserta muslimin dikumpulkan di hadapan Pusat Sukan manakala peserta muslimat di bahagian tepi Pusat Islam.Peserta-peserta perlu memanaskan badan terlebih dahulu sebelum memulakan explorace yang bakal mereka tempuhi.Sementara menunggu segala urusan selesai,kami telah bermain pelbagai game.


Apabila jarum jam menunjukkan pukul 9.00 pagi kesemua peserta dikumpulkan semula dihadapan Pusat Sukan.Peserta mendengar sedikit taklimat untuk melancarkan lagi explorace pada pagi itu.Setiap kumpulan dibekalkan barang amanah yang berupa "BISKUT" dan RM1.00.Arahan yang diberi adalah RM1.00 itu mestilah lebih dari RM1.00 apabila explorace tamat.Buatlah apa cara sekalipun asalkan jangan kurang RM1.00 itu tetapi lebihkan.Maka dengan berakhirnya taklimat itu,bermulalah explorace yang dinanti-nanti oleh semua peserta.Pelbagai ragam dan aksi yang dapat kita lihat dari setiap kumpulan masing-masing.Apa yang uniknya explorace MEKAR ini,cepat atau lambat bukanlah persoalannya tetapi siapa yang berjaya mengumpul markah yang banyak merekalah pemenangnya.Markah diambil dari setiap gerak-geri,kerjasama,kreatif,ketua kumpulan,dan sebagainya.

Seterusnya biarlah gambar-gambar ini yang berbicara....

Dah macam kat PLKN.hihi
Sabar dan tabah menunggu rakan sepasukan.haha
Apa yang penting?Kerjaaasamaaa!
Apabila Allah menarik nikmat mata dan tangan itu.Jadi gunakan nikmat yang diberi sebaik mungkin. (^_^)
Kalau kat rumah mak yang basuhkan pinggan,tapi time explorace buatlah yer (^_^)
Apa yang penting?Kerjaaasamaaaa!

Alhamdulillah explorace tamat kira-kira pukul 2.00 petang.Peserta diberi masa untuk merehatkan diri serta membersihkan diri daripada lumpur-lumpur yang melekat pada anggota badan masing-masing.(haha kesian).Setelah peserta selesai solat dan sebagainya,peserta diminta berkumpul semula di kafeteria jam 2.30 petang untuk majlis penutup seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang.

Setelah membuka majlis dengan Ummul Kitab,pengerusi majlis iaitu Hasbullah bin Jamaluddin yang memegang jawatan Biro Kerohanian,Pendidikan dan Kaunseling(JPK) menyerahkan acara kepada Ummi Halimah iaitu Penasihat MEKAR.Seterusnya diteruskan lagi dengan Ketua Warden iaitu Encik Hashim.Encik Hashim berucap sepatah dua kata lalu merasmikan majlis penutup.Acara diserahkan kembali kepada Pengerusi majlis untuk acara seterusnya.Acara seterusnya ialah penyampaian hadiah.Terpancar wajah keriangan dikalangan peserta tidak kira muslimin atau muslimat walaupun badan mereka sedikit keletihan tetapi semangat mereka tetap ada.MABRUK!

Di kesempatan ini,kami pihak MEKAR memohon seribu kemaafan andai berlaku kekurangan sepanjang kami menjalankan program "KILAUAN REMAJA UNGGUL & EXPLORACE" sesi januari 2010 ini kepada semua yang terlibat khususnya kepada semua peserta-peserta yang dikasihi Allah sekalian.Semoga ukhuwah yang dibina di program ini akan berterusan sehingga ke akhir hayat dan tidaklah terputus begitu sahaja.Terima kasih jua buat semua ajk pelaksana muslimin serta muslimat yang sentiasa amanah dan saksama dalam menjalankan tugas.Terima kasih kepada para fasilitator yang sangat kejam-kejam belaka dengan bertindak ganas dalam usaha menghancurkan biskut iaitu barang amanah peserta.(haha)Juga terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.Semoga sedikit usaha kita ini dilihat dan dinilai olehNya diakhirat kelak.InsyaAllah.Dan pastinya kedua tangan kami ini kami angkat serta dahi ini menyentuh bumiMu tanda syukur seorang hamba terhadap Tuhanya yakni Allah saw kerana pastinya jika tidak keranaNya kami tidak berdaya melaksanakan.Ya Allah redhailah dan berkatilah segala usaha kami.Ya Allah jangan kau biarkan tangan ini menadah kosong Ya Allah.Ameen
Seronoklah tu dapat hamper !
SENYUMMMMM (^_^)

Banyak lagi gambar yang akan diupload kemudian menanti anda!Harap bersabar!Time kasih atas kesabaran anda! (^_^)V

0 comments:

Post a Comment


 

MEKAR Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template