PENGENALAN M.E.K.A.R

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh buat semua saudara/saudari yang dikasihi Allah swt sekalian.

Menjana Kerohanian Akhlak Remaja atau lebih dikenali sebagai MEKAR sebagai singkatannya merupakan sebuah organisasi di bawah Biro Pendidikan, Kerohanian dan Kaunseling dimana Biro tersebut di bawah Jawatankuasa Pelajar Kamsis (JPK) yang diketuai oleh ___________________

MEKAR mula ditubuhkan oleh Pn. Halimah Binti Ismail, Penyelaras Kamsis Damai pada tahun 2007. Walaupun usia penubuhan MEKAR masih muda, pergerakan MEKAR semakin berkembang seiring dengan pelbagai program yang dijalankan oleh MEKAR untuk pelajar kamsis seperti mengadakan aktiviti luaran dan dalaman.

Fungsi MEKAR pada kamsis adalah menjaga kerohanian pelajar kamsis di sampingmewujudkan aktiviti-aktiviti berbentuk kerohanian untuk pelajar kamsis seperti Tadarus Al-Quran dan Solat Berjemaah. Selain itu, MEKAR juga membantu Ahli JPK menjaga tatatertib pelajar kamsis mematuhi undang-undang dalam kamsis.






Monday, April 26, 2010

Hari Rabu (^_^)


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum wbt buat tatapan pengunjung teratak MEKAR ini.Alhamudlillah sekali lagi diberikan kesempatan waktu setelah sekian kali meninggal teratak ini kosong tanpa entry baru.InsyaAllah kali ini ingin saya lihatkan kepada semua salah satu aktiviti wajib  kami sepanjang semester sesi januari 2010 ini berlangsung.

Seperti yang sedia maklum,bahawa MEKAR adalah satu organisasi dibawah Biro Kerohanian,jadi tidak hairanlah jika kami nyatakan bahawa setiap hari rabu kami khaskan untuk penghuni-penghuni siswi damai dan sentosa untuk berkumpul di surau damai secara bergilir-gilir mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Tujuannya adalah tidak lain dan tidak bukan,adalah untuk bertadarus bagi memperbetulkan lagi bacaan Al-Quran,solat jemaah dan mendengar sedikit pengisian seusainya solat maghrib sementara menunggu masuknya waktu solat isya',disamping itu aktiviti ini bertujuan mengeratkan silaturrahim antara ajk mekar dan penghuni kamsis siswi kerana strategi berdakwah adalah menyelami hati seseorang itu.Dengan adanya aktiviti ini,akan memudahkan gerak kerja dakwah kami dengan lebih berkesan.InsyaAllah.

Disini diucapkan terima kasih kepada semua penghuni kamsis damai dan sentosa siswi kerana tidak pernah jemu dengan segala aktiviti yang kami aturkan.Orang-orang yang berada di surau damai adalah orang-orang yang terpilih!Maka kamu adalah salah seorang darinya.MABRUK!Semoga segala perasaan ikhlas atau tidak ikhlas itu Allah gantikan dengan kesedaran yang begitu besar harganya!Semoga jua segala ilmu yang diperolehi di suarau damai dapat dikongsikan dengan sahabat-sahabat kita yang diluar sana yang tidak diberikan kesempatan untuk bersama-sama kita.Dikesempatan ini jua kami pihak MEKAR memohon maaf andainya sepanjang anda semua berada di surau damai ada tingkah-laku yang tidak menyenangkan hati,ada kata-kata yang menyakitkan hati,sesungguhnya kami jua adalah insan biasa yang tidak lepas dari melakukan kesalahan.Kami bukan bersifat maksum.JUga kerana itulah kami berada di sini untuk saling ingat-mengingati antara satu sama lain.Jika anda semua hendak tahu kami juga sedang menjalani rawatan merawat hati kerana salah satu cara mengubat hati adalah berkumpul bersama-sama orang-orang yang soleh.Jadi anda mahu bersama kami?Kedatangan anda dialu-alukan.


Ya Allah lembutkanlah hati insan-insan yang telah kami santuni dan lembutkanlah jua hati-hati kami,Engkau letakkanlah hidayahMu pada hati-hati mereka serta kami,Ya Rabb kami hanya mampu membawa mereka ke jalan yang benar tetapi Engkau yang berkuasa untuk memberi hidayah,Apabila Engkau letakkan hidayahMu,kami tahu Ya Allah hanya Engkau juga berkuasa membolak-balikkan hati-hati manusia,Maka janganlah Engkau bolak-balikkan hati mereka dan kami,Pandanglah kami,pandanglah kami dengan pandangan kasih sayangMu,Pandanglah kami,pandanglah kami dengan pandangan rahmatMu.Ya Allah,berkatilah gerak kerja kami ini.Sesungguhnya hanya ini yang mampu kami lakukan untuk bekalan kami di akhirat kelak.Ya Allah jangan Engkau biarkan tangan kami ini menadah kosong.Perkenankanlah segala doa-doa kami Ya Allah jika ia memberi kebaikan kepada kami.Ameen Ya Rabb.


Khusyuk mendengar tazkirah dari penceramah jemputan kami

SEMOGA ANTUM SEMUA ISTIQAMAH DALAM SETIAP PERUBAHAN YANG DIBUAT!(^_^)

0 comments:

Post a Comment


 

MEKAR Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template